Archive for August 8, 2010

Disk Image dan Penggunaan ISO

Posted: August 8, 2010 in Software

Semasa proses install Ubuntu 10.04 dahulu, saya diperkenalkan dengan file ISO dan maksud Disk Image. Kedua-dua perkataan diatas iaitu Disk Image dan ISO memang berkait rapat. ‘Disk Image’ adalah  salinan CD atau DVD dalam bentuk fail dan biasanya salinan ini dibuat dalam bentuk ISO. Format – format selain dari ISO yang popular termasuklah juga .IMG, .DMG, dan .NRG, semua ini merujuk kepada file Disk Image tadi. Oleh kerana ISO ini hanyalah merupakan satu fail, untuk menggunakannya kita haruslah burn fail ISO tersebut, iaitu memasukkannya ke dalam CD atau DVD, seperti yang saya lakukan untuk install Ubuntu 10.04 dahulu. Namun, versi Ubuntu 10.04 telah menyediakan cara membuat CD/DVD ISO selepas kita download dari laman webnya. Secara ringkasnya, apabila CD/DVD dalam bentuk file disimpan dalam komputer kita, ia dipanggil ISO.

Ramai orang beranggapan, kalau nak mainkan sesuatu CD tu, kita masukkan sajelah. Apa nak fikir susah-susah. Namun banyak kelebihan file ISO ni dan antaranya ialah:

  • Saya selalu menggunakan CD Microsoft Office untuk install perisian Office di komputer. Namun file ISO ni banyak membantu apabila CD tersebut dipinjam kepada rakan yang lain.
  • Terdapat banyak game yang memerlukan CD untuk memulakan permainan. Dengan file ISO, kita boleh bermain game tadi tanpa CD, jadi tak perlulah memasukkan CD setiap kali nak bermain game tersebut.
  • CD Windows XP selalu dipinjam oleh kawan. Salinan ISO boleh dibuat sebagai backup kepada CD Windows tadi.

(more…)

Masalah ni jarang kita dengar. Namun bila berhadapan dengannya, memang leceh dan menyusahkan. Ada yang sampai nak format komputer sebab kecewa dengan permasalahan ini. Namun, format komputer boleh memendekkan jangka hayat sistem pada komputer kita. Hard disk selalunya mudah ‘lemah’ bila kita selalu format komputer.

Masalah My Documents terbuka secara automatik ni biasanya terjadi kepada pengguna Windows XP. Pengguna Windows 7 atau Vista jarang diganggu gugat oleh permasalahan ini. Tapi penyelesaiannya adalah sama sahaja dan sememangnya mudah:
• Klik pada Start Menu > Run dan taipkan Regedit. Tekan OK.
• Pada Registry Editor, cari nilai berikut:
HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows NT\CurrentVersion\Winlogon
• Perhatikan bahagian sebelah kanan dan cari Userinit. Double-click pada nilai Userinit dan pastikan nilainya adalah: C:\Windows\System32\userinit.exe
• Jika nilainya berbeza, tukarkan ia supaya menyerupai nilai di atas.

Selepas itu, restart PC dan InsyaAllah, My Documents tidak akan terbuka secara automatik lagi.

Sekian.