Cara-cara Menghantar SMS Free

Posted: September 22, 2010 in Tips Internet

Sebenarnya saya baru berkenalan dengan blog seorang hackers ternama Malaysia iaitu Acapz di http://www.cybernetic88.com. Banyak pengetahuan diperoleh dari blog Acapz tu. Dan yang lebih penting, Acapz pernah melawat blog saya ni. Terharunya seorang hackers melawat blog saya yang masih budak hingusan ni.

Entry pertama yang sangat menarik minat saya di blog Acapz ni ialah mengenai SMS Free. Dulu saya pernah guna SMS Free ni tapi dah lupa laman webnya. Tambahan lagi laman web tu pun sebenarnya dah tidak beroperasi.

SMS Free ni sangat menarik sehinggakan kita boleh menghantar sebanyak 31 sms pada setiap hari hanya dengan menggunakan komputer sahaja. Kita boleh juga menyimpan nombor telefon di dalam buku telefon dan terdapat fungsi dimana kita boleh menetapkan penghantaran sms secara berjadual kepada rakan-rakan. Jadi jika ada sesuatu perkara yang penting seperti hari lahir seseorang, pasti kita tidak akan terlewat untuk mengucapkannya dan masalah terlupa akan dapat diatasi dengan adanya MostSMS ini.

Untuk daftar, ikut langkah berikut:

LANGKAH 1: Pergi ke http://www.mostsms.com/signup.php

LANGKAH 2: Isikan segala butir anda seperti di bawah dan masukkan kod keselamatan. Tekan butang signup.

LANGKAH 3: Satu mesej pengesahan akan dihantar ke telefon bimbit anda beserta dengan kata laluan untuk anda login masuk ke MostSMS.

LANGKAH 4: Seterusnya Login dan tukar kata laluan dari mesej yang anda dapat dari telefon bimbit tadi.

LANGKAH 5: Kini anda boleh mula menghantar 31 sms secara percuma ke telefon bimbit rakan anda dalam sehari. Pengguna Maxis dan Celcom boleh digunakan dan pastikan anda tidak menggunakan perkhidmatan MostSMS ini sebagai sms SPAM kerana nombor dan nama pertama anda akan disertakan sekali semasa anda menghantar mesej.

SELAMAT Mencuba…

Advertisements
Comments
  1. gud..kalau xd kredit leh guna.huhu..
    hope mxs/clcom x bann benda ni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s