Disk Image dan Penggunaan ISO

Posted: August 8, 2010 in Software

Semasa proses install Ubuntu 10.04 dahulu, saya diperkenalkan dengan file ISO dan maksud Disk Image. Kedua-dua perkataan diatas iaitu Disk Image dan ISO memang berkait rapat. ‘Disk Image’ adalah  salinan CD atau DVD dalam bentuk fail dan biasanya salinan ini dibuat dalam bentuk ISO. Format – format selain dari ISO yang popular termasuklah juga .IMG, .DMG, dan .NRG, semua ini merujuk kepada file Disk Image tadi. Oleh kerana ISO ini hanyalah merupakan satu fail, untuk menggunakannya kita haruslah burn fail ISO tersebut, iaitu memasukkannya ke dalam CD atau DVD, seperti yang saya lakukan untuk install Ubuntu 10.04 dahulu. Namun, versi Ubuntu 10.04 telah menyediakan cara membuat CD/DVD ISO selepas kita download dari laman webnya. Secara ringkasnya, apabila CD/DVD dalam bentuk file disimpan dalam komputer kita, ia dipanggil ISO.

Ramai orang beranggapan, kalau nak mainkan sesuatu CD tu, kita masukkan sajelah. Apa nak fikir susah-susah. Namun banyak kelebihan file ISO ni dan antaranya ialah:

  • Saya selalu menggunakan CD Microsoft Office untuk install perisian Office di komputer. Namun file ISO ni banyak membantu apabila CD tersebut dipinjam kepada rakan yang lain.
  • Terdapat banyak game yang memerlukan CD untuk memulakan permainan. Dengan file ISO, kita boleh bermain game tadi tanpa CD, jadi tak perlulah memasukkan CD setiap kali nak bermain game tersebut.
  • CD Windows XP selalu dipinjam oleh kawan. Salinan ISO boleh dibuat sebagai backup kepada CD Windows tadi.

Cara-cara membuat file ISO:

Saya menggunakan LC ISO Creator sebagai medium untuk membuat file ISO ni. Ianya sangat mudah digunakan. Cuma masukkan CD/DVD ke dalam pemacu CD/DVD dan tekan butang “Create ISO“. Dengan kata lain, perisian LCISO Creator ni mengeluarkan fail ISO dari CD/DVD yang asli. Selepas proses mengeluarkan file ISO tadi, file tersebut biasanya akan disimpan di desktop sebagai file ISO. Namun bukan semua CD/DVD mempunyai file ISO. Hanya beberapa jenis CD/DVD sahaja yang mempunyai file sebegini seperti CD Windows XP atau Windows 7, CD Microsoft Office, CD/DVD game dan yang seangkatan dengannya.

Cara-cara menggunakan file ISO:

Setelah selesai proses mengeluarkan file ISO tadi, mestilah kita ingin menggunakannya pula. Ada dua jenis penggunaan file ISO ini yang saya tahu. Pertama ianya digunakan sebagai Live CD seperti dalam proses membuat Live CD Ubuntu. Kedua ianya digunakan sebagai CD Emulator iaitu  ‘menipu’ komputer dengan memasang fail ISO anda pada satu drive maya.

Membuat Live CD:- Saya menggunakan perisian ImgBurn untuk membuat Live CD ni. Ianya sangat senang dan mesra pengguna. Berikut adalah cara-caranya:

  • Dapatkan perisian ImgBurn dan install seperti biasa.
  • Masukkan CD/DVD kosong ke dalam CD/DVD drive anda.
  • Lancarkan program ImgBurn. Klik pada menu Mode > Write atau tekan sahaja Ctrl + Alt + W.
  • Klik pada menu File…..“Browse for a file…” untuk mencari file ISO yang hendak diburn atau lihat screenshot dibawah.
  • Piih fail ISO yang anda hendak burn, dan tekan butang OK.
  • Klik pada Write. Tunggu hingga proses selesai.

Membuat CD Emulator:- Cara ini berlainan dari membuat Live CD tadi. Seperti contoh dibawah, terdapat 4 drive CD/DVD berlainan pada komputer tersebut. Inilah dinamakan drive maya yang dipanggil sebagai CD Emulator tadi. Dengan cara ini, kita tidak perlu burn fail ISO tersebut dan boleh terus menggunakannya tetapi semestinya cara ini memakan banyak ruang harddisk kita akibat dari saiz file ISO tadi. Contoh perisian CD Emulator ialah Alcohol 120%,  DaemonTools dan VirtualCloneDrive. Namun bagi saya, DaemonTools lebih mudah digunakan untuk menggunakan fail ISO tanpa perlu burn ke dalam CD/DVD.

Cara menggunakan DaemonTools:

  • Dapatkan perisian DaemonTools dan install seperti biasa.
  • Klik kiri pada ikon kecil Daemon yang terdapat pada system tray.
  • Klik pada Device 0 dan pilih fail ISO anda.
  • Sekarang, fail ISO tersebut akan terpapar pada My Computer (seperti screenshot diatas), seolah – olah anda sedang memasukkan CD tersebut. Proses ini dipanggil sebagai mount image. Untuk unmount image, pergi semula ke Device tadi dan klik Unmount.

Maksud Mount Image dan Unmount Image tadi ialah kita sedang menggunakan drive itu atau tidak. Mount Image bermaksud drive tersebut sedang digunakan manakala Unmount Image bermaksud drive tersebut kita tidak gunakan. Sebagai contoh, untuk bermain game kita perlulah Mount Image untuk melancarkan drive maya game tersebut.

Download LCISO Creator disini.

Download ImgBurn disini.

Download DaemonTools disini.

Download VirtualCloneDrive disini.

Comments
  1. syahrilhafiz says:

    nanti dlm ubuntu ko nak burn bagi kat kekawan pakai la software K3B
    itu ko download kat ubuntu software center….mudah kan..rip pastu burn…

  2. seepot says:

    ni satu lg…K3B???
    term baru…
    msti software baik punya ni…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s