Archive for the ‘Tips Komputer’ Category

WORM memang menyusahkan!

Posted: October 23, 2010 in Tips Komputer

Tadi baru sahaja menolong seorang rakan membaiki laptop kesayangannya. Masalahnya memang rumit, erm rumitlah bagi saya yang baru berjinak-jinak nak tahu permasalahan komputer ni.

Masalahnya ialah bila masuk Windows, skrin jadi gelap dan hanya tetikus atau mouse je yang ada. Saya suspect ni adalah kerja WORM sebab WORM ni memang suka ‘disable’ atau ‘hidden’kan file pengguna komputer.

Saya teringat pada entry lama di blog ni psal WORM dan cara penyelesaiannya. Jadi blog nilah jadi tempat rujukan.

Entry ni adalah cara menyelesiakan masalah skrin jadi gelap tadi. Klik saje disini kalau nak tahu.

Ini bukan masalah sebenarnya. Tapi lebih kepada menyusahkan pengguna Windows 7 atau Vista. Namanya User Account Control (UAC) ni terletak pada Windos 7 dan juga Windows Vista. Namun begitu, UAC ni sebenarnya dibina bagi menyekat aplikasi yang ingin mengubah sistem Windows tanpa kebenaran. Bagi saya, fungsi ini agak melecehkan kerana perlu klik pada butang OK setiap kali kita ingin install apa-apa perisian pada Windows 7 atau Vista. Jadi, disini saya nak kongsi cara mematikan terus fungsi yang menyusahkan ni.

1. Buka Control Panel dan taipkan ‘UAC’ di dalam kotak carian. Anda akan nampak kategori Action Center dipaparkan. Klik pada ‘Change User Account Control settings’

2. Ubah tetapan kepada ‘Never notify’ dengan menarik scroll ke bawah. Klik pada butang OK. UAC akan dipaparkan buat kali terakhir, klik sahaja pada butang Yes.

SIAP…Kini anda sudah tidak terbeban dengan masalah UAC ni.

Salam…

Dulu saya pernah tulis tentang cara nak paparkan dua application XP serentak. Sekarang saya dah jumpa cara nak paparkan dua application pada Windows 7 secara serentak.

Caranya sangatlah mudah. Kita hanya perlu tekan kekunci Windows + Anak panah kiri atau kanan.  Cara ini sangat berguna bila kita sibuk membuat kerja-kerja edit pada application Windows 7. Contohnya seperti menggunakan dua application iaitu Firefox dengan Microsoft Office.

Terima kaseh saudara MK dari blog sembangkomputer.

Format Komputer betul-betul!

Posted: September 1, 2010 in Tips Komputer

Susahnya nk update blog ketika Ramadhan ni. Maklumlah, Ramadhan hanya setahun sekali. Saya terpaksa merebut segala kesempatan yang ada untuk beribadah dengan tekun disamping jadual kuliah yang agak padat.

Namun entry kali ni santai je rasanya. Saje nak menulis. Nak berkongsi kisah sedih seorang rakan mengenai laptopnya.

Seorang rakan kelmarin telah format laptopnya sendiri. Setelah siap, didapati partition D telah hilang. Apalagi, terkejut beruk la rakan saya tu dibuatnya. Semua kerja, assignment, nota dan file-file lain telah hilang.

Sungguh sadis. Apalagi yang saya mampu tolong. Hanya mampu meratapi dan berkongsi kesedihan je la. Kerana setahu saya, kalau kita dah format laptop terutamanya partition, ianya memang sudah hilang dan tidak mungkin akan dapat dikembalikan semula.Kesiannya kawan saya tu.

Jadi berhati-hatilah bila anda format komputer. Ikut setiap langkah yang diarahkan. Jangan sesekali format komputer secara tergopoh-gapah walaupun dah beribu komputer anda format. Kerana jika silap langkah, buruk padahnya seperti yang menimpa kawan saya tu.

Masalah ni jarang kita dengar. Namun bila berhadapan dengannya, memang leceh dan menyusahkan. Ada yang sampai nak format komputer sebab kecewa dengan permasalahan ini. Namun, format komputer boleh memendekkan jangka hayat sistem pada komputer kita. Hard disk selalunya mudah ‘lemah’ bila kita selalu format komputer.

Masalah My Documents terbuka secara automatik ni biasanya terjadi kepada pengguna Windows XP. Pengguna Windows 7 atau Vista jarang diganggu gugat oleh permasalahan ini. Tapi penyelesaiannya adalah sama sahaja dan sememangnya mudah:
• Klik pada Start Menu > Run dan taipkan Regedit. Tekan OK.
• Pada Registry Editor, cari nilai berikut:
HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows NT\CurrentVersion\Winlogon
• Perhatikan bahagian sebelah kanan dan cari Userinit. Double-click pada nilai Userinit dan pastikan nilainya adalah: C:\Windows\System32\userinit.exe
• Jika nilainya berbeza, tukarkan ia supaya menyerupai nilai di atas.

Selepas itu, restart PC dan InsyaAllah, My Documents tidak akan terbuka secara automatik lagi.

Sekian.

5 Cara Melajukan Windows XP

Posted: August 2, 2010 in Tips Komputer

Terdapat beberapa perkara yang anda boleh amalkan untuk memastikan Windows XP berjalan dengan lebih lancar. Di sini saya ingin kongsi lima tips berikut:

Defragment Hard Disk Anda

Fungsi Defragment. Apabila Windows XP menyimpan satu-satu fail dalam komputer anda, kadang – kadang ia diletak secara bersepah. Sebagai contoh, sebahagian dari fail Word anda diletakkan di bahagian tengah Hard Disk manakala sebahagian lagi diletakkan di bahagian hujung. Keadaan ini disebut sebagai Fragmentation. Untuk membuka fail Word ini, Windows XP terpaksa memakan sedikit masa kerana ia terletak berjauhan antara satu sama lain. Defragmentation bertugas untuk membetulkan kembali keadaan Fragmentation ini. Ia akan menyusun kembali fail – fail dalam komputer anda agar berada di tempat yang betul. Disk Defragmenter boleh dibuka melalui Start Menu > Accessories > System Tools > Disk Defragmenter.

Tetapkan Program Yang Dibuka Sewaktu Startup

Setiap kali Windows dimulakan, ia akan melancarkan sejumlah program secara automatik. Program ini dipangil sebagai Startup Program. Namun, tidak semua dari program ini diperlukan sentiasa, sebaliknya anda hanya akan buka program tersebut bila perlu. Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk membuang satu-satu program dari senarai Startup. Cara yang paling mudah ialah dengan menggunakan msconfig. Untuk melancarkan msconfig, klik pada Start Menu dan pilih Run (atau tekan sahaj Win+R). Pada kotak Run, taipkan msconfig dan tekan Enter. System Configuration Utility akan dipaparkan. Pergi kepada tab Startup dan anda boleh lihat senarai startup program. Hanya uncheck sahaja mana – mana program supaya ia tidak lagi dilancarkan secara automatik. Bagi mendapatkan senarai Startup Program yang lebih lengkap dan menyeluruh, gunakan perisian Autoruns. Pastikan anda tahu program apa yang anda hadapi, sebelum membuat apa – apa perubahan.

Matikan Servis Yang Tidak Perlu

Servis adalah proses – proses yang dijalankan secara senyap, di balik tabir. Seperti Startup Program, ada sebilangan dari servis – servis ini yang tidak diperlukan oleh anda, dan boleh ditetapkan agar tidak dilancarkan secara automatik. Untuk membuat tetapan pada servis, buka msconfig sekali lagi. Pergi kepada tab Services. Pastikan anda menanda kotak “Hide All Microsoft Services” (seperti dalam gambarajah atas) agar anda tidak tersilap membuang servis yang penting. Kemudian uncheck pada mana – mana servis supaya ia tidak lagi dilancarkan secara automatik Untuk senarai servis – servis dalam Windows XP yang lebih lengkap, buka kotak Run dan taipkan services.msc. Di sini anda boleh lihat segala servis – servis yang terdapat dalam Windows XP.

Bersihkan PC Anda

Semakin lama anda menggunakan PC, semakin banyaklah Temporary File yang terkumpul dalam Windows anda. Temporary File ini adalah sampah – sarap yang perlu dibersihkan selalu agar ianya tidak membazirkan ruang dalam Hard Disk anda. Untuk membersihkan fail – fail ini, gunakan Tune Up Utilities.

Tingkatkan BIOS Anda

(Nota: Tips yang berkaitan dengan upgrade BIOS atau mematikan mana – mana fungsi dalam BIOS adalah agak teknikal. Pengguna baru adalah dinasihatkan supaya mengelakkan tips ini) BIOS bereti Basic Input Ouput System, yang berfungsi untuk memulakan perkakasan – perkakasan dalam komputer anda sewaktu PC dihidupkan. Bergantung pada PC anda, pengubahsuaian BIOS boleh meningkatkan sedikit prestasi komputer. Update BIOS Anda. Biasanya pengeluar komputer atau motherboard akan mengemaskini BIOS mereka, dan anda boleh download versi BIOS yang terbaru ini. Pastikan BIOS jenis apa yang anda pakai, dan cari update yang terkini di Internet. Setelah download, ikuti langkah yang diberikan untuk install BIOS tersebut. Matikan Komponen Yang Tidak Digunakan. Motherboard anda mengandungi banyak komponen – komponen seperti RJ-45, bunyi, dan grafik. Anda boleh matikan komponen yang tidak diperlukan; melalui BIOS. Contohnya jika anda mempunyai kad wireless, anda tidak memerlukan lagi komponen Ethernet. Ataupun jika port VGA anda tidak digunakan, disable saja fungsinya. Jika anda ingin menggunakannya kembali, enable semula komponen tersebut melalui BIOS.

Tips berguna dari sembangkomputer.

Malasnya nak tekan dua kali bila buka file. Kan mudah kalau hanya tekan sekali sahaja untuk membuka sesuatu file. Sebenarnya amat mudah nak tekan sekali sahaja untuk membuka file di komputer kita. Ikut langkah-langkah berikut:

1.Pergi My Komputer.

2.Masuk FolderOption.

3.Pilih ‘single click to open an item’ pada FolderOption tadi.

Tak ada apa pun yang menarik sangat tentang hanya klik sekali untuk membuka file ni, selain dpt menjimatkan masa dan tidak melenguhkan tangan kita.

Kaedah ni pun ada keburukannya kerana kita terpaksa klik kanan dahulu pada sesuatu file dan pilih delete untuk men’delete’ file tadi.