Archive for the ‘Linux’ Category

Tadi saje ‘bersiar-siar’ kat Sumberterbukadotnet. Terjumpa satu entry menarik tentang cara meletakkan Trash Can pada Ubuntu (Linux) atau mesra dipanggil Recycle Bin dalam Windows.

Senang je caranya:

Buka terminal dan taip arahan dibawah, paparan Configuration Editor akan muncul.

gconf-editor

Sekarang, buka direktori apps >> nautilus >> desktop. Anda akan melihat pilihan trash_icon_visible. Pilih dengan tik ke dalam kotak tersebut. Siap.

Sekarang ikon tersebut telahpun tersedia di paparan desktop Ubuntu anda. Namun bagi saya, saya suka mengosongkan desktop Ubuntu saya tu untuk membezakan penggunaan Windows dan Linux ni. Lagipun, ikon Trash Can tu dah tersedia kat bawah desktop Ubuntu sebelah kiri.

Apapun, Selamat Mencuba…

Cara-cara Install Ubuntu 10.04

Posted: August 6, 2010 in Linux

Alhamdulillah…sebenarnya hampir seminggu saya pening kepala memikirkan permasalahan Ubuntu ni. Tapi nasib baik saya tidak buntu dibuatnya. Semalam selamat sudah saya install Ubuntu pada laptop kesayangan saya ni. Pertama kali dalam hidup saya menggunakan Linux sebagai Operating System di komputer. Bangga!

Ubuntu adalah sebuah operating system yang berdasarkan Linux. Versi baru bagi Ubuntu dikeluarkan setiap 6 bulan. Jadi, Ubuntu 10.04 bermakna ia dikeluarkan pada April 2010. Tempoh penggunaan Ubuntu ni adalah selama 3 tahun jadi versi 10.04 ni akan tamat pada bulan April 2013. Ubuntu ni adalah percuma, kita bebas untuk melihat serta mengubah source code yang ada di dalamnya tanpa sekatan. Masalah virus juga amat sedikit dalam Ubuntu ni dan juga hampir tiada. Anda boleh download fail ISO terus dari laman web Ubuntu. Kemudian, burn fail ISO ini ke dalam CD untuk menggunakannya.

(more…)

Selamat datang ke blog saya.

Ini adalah sebuah blog saya mengenai komputer. Apa yang berkait dengan komputer seperti Internet, software & hardware akan saya kongsi disini.

Blog ini memudahkan saya menyimpan segala data dan tips mengenai alam komputer. Saya kerap kali membantu kawan-kawan membaiki komputer namun saya sendiri tiada backup tentang apa yang dibuat selain CD atau DVD yang semestinya akan hilang. Jadi inilah blog yang membantu saya.

Kredit atau tribute harus diberi kepada kawan-kawan cyber yang menyumbang kepada penubuhan blog ini iaitu computer-realm, sembangkomputer, alex-virtualworld, ati-zone, sufian info, sumberterbuka, Rtikel.com, tech-it, SyahrilHafiz, Acap cybernetic dan lain-lain lagi. Merekalah yang memberi semangat kepada penubuhan blog ini.

Harap blog ini memberi input yang berguna kepada semua…Ingat, JANGAN FORMAT KOMPUTER ANDA.