Archive for the ‘Software’ Category

Seorang kawan berhadapan dengan masalah ni tadi. Ini adalah kali kedua saya berhadapan dengan masalah Windows Acivation ni. Sebenarnya hampir sebulan yang lalu saya sibuk mencari ‘penawar’ bagi Windows Activation ni atau mesra dipanggil WAT. Alhamdulillah, dapat juga saya membuang gambar di atas yang keluar apabila kita Login ke Windows 7. Saya hanya gunakan perisian dari seorang hackers yang telah saya jumpa sebulan yang lalu. Inilah perisiannya—-> Remove WAT.

Kalau kali pertama anda jumpa gambar di atas apabila Login ke Windows 7, saya nasihatkan anda tekan ‘cancel’ dan restart semula Windows ke safe mode. Lepas tu barulah lancarkan perisian Remove WAT tadi. Saya dah cuba install perisian Remove WAT tu bukan pada safe mode, namun banyak masalah berlaku seperti screen menjadi hitam dan lain-lain lagi.

Terima kaseh.

Advertisements

Semalaman saya tak dapat tidur tadi. Memikirkan nasib laptop kesayangan ni. Apa tidaknya, semalaman tadi diserang oleh Bron-Spizaetus.

Apa yang terjadi kepada laptop saya semalam ialah apabila Login Windows, Folder My Documents akan terpapar secara automatik. Desktop hilang, jam dan kalendar hilang, system tray dan taskbar pun hilang. Tapi masih boleh main Internet dgn cara masuk ke My Computer melalui My Documents tadi, terus ke Program Files dan buka folder Mozilla Firefox.

Setelah saya berjumpa cik Google dan bertanya tentang Bron-Spizaetus ni, barulah saya tahu binatang apakah virus tu dikategorikan. Rupanya dia sejenis Brontok tapi namanya yang saintifik sikit. Mungkin versi Brontok baru kot. Kejahatan Bron-Spizaetus ni ialah ia akan Restarts system, Disables Registry Editor , Pauses system startup, Removes Folder Options item in Tools drop-down menu, Uses a Windows folder icon, Attempt to disable the command prompt dan Creates a scheduled task to execute itself on a scheduled basis. Kesemua kejehatan tadi dilakukan oleh Bron-Spizaetus ke atas laptop saya kecuali Restart System sahaja.

Pada masa yang sama, saya teringat kelmarin ada seorang kawan mengambil file dari laptop saya dan selepas saya chek laptop kemudiannya, ada satu file bernama DATA KAMAL menyusup masuk ke laptop saya. Saya secara tak sengaja tertekan file tersebut. Mungkin sebab itulah laptop saya jadi sedemikian rupa semalam. Sesuai la nama Brontok tu sebab kawan saya tu bernama Kamal. Jadi lepas ni jangan mudah-mudah bagi orang guna laptop tu, scan dulu pendrivenya.

Saya ni memang tak suka format laptop. Jangan harap la saya mudah-mudah je nak jahanamkan kemantapan sistem laptop kesayangan saya ni. Sebab utama kalau kita terlalu suka format komputer ialah sistem keupayaan dalaman komputer akan mudah lemah seperti harddisk,  RAM dan lain-lainnya. Orang sekarang ni kalau rosak je komputer mesti nak format. Itu tidak bagi saya! TIDAK sesekali…

Apa yang saya buat ialah dengan cuba buang virus tu. Seperti langkah pertama tadi, saya dah tahu nama virus tu melalui TuneUp Utilities iaitu melalui Startup Manager yang ada pada Tune Up Utilities tadi. Saya pun scan dulu komputer guna Antivirus sedia ada iaitu BitDefender, ada virus dijumpai namun laptop masih berkeadaan sedemikian. Cara kedua saya guna Malwarebytes’ Anti Malware dan Spybot-Search & Destroy, keputusannya juga sama iaitu virus dikesan tapi bukan Bron-Spizaetus. Cara yang ketiga ni baru lah betul. Oleh kerana Brontok ni adalah sejenis Worm, saya gunakan ubat terbaik dari ladang iaitu Worm Solution yang telah saya miliki hampir sebulan yang lalu. Memang mujarab ubat tu. Worm Solution mengesan keseluruhan file yang terhasil di bawah label Bron-Spizaetus tu. Nama-nama file tersebut memang pelik seperti mysexy.exe, lsass.exe, immp.exe dan macam-macam lagi.

Sekarang semuanya dah OK. Alhamdulillah, lega rasanya. Inilah cubaan di bulan Ramadhan ni.

Kalau nak Worm Solution ni, klik disini untuk download free! Setelah download, extraxt file guna WinRar dan buka folder bernama MLRT_Destroy WORM!!!. Gunakan aplikasi dalam file tu untuk menghapuskan Virus Worm.

Sekian.

Tadi saya melawat blog sorang sahabat iaitu Alex. Terjumpa pula satu entry untuk simpan atau backup segala driver anda kalau kita nak format komputer. Driver Magician namanya. Bagus perisian ni. Tapi saya belum cuma sebab tiada komputer lagi untuk menjalankan kerja-kerja format ni. Tapi saya rasa perisian ni memang menarik. Nanti boleh tolong saya backup segala driver kalau nak format komputer sendiri atau komputer rakan. Perisian ni memang berguna terutama bila ketiadaan CD Driver yang biasanya tak diambil berat oleh kita.

Download Driver Magician disini.

Saya suka sangat format komputer kawan-kawan. Tolong-menolong merapatkan ukhuwah fillah sesama Muslim. Selain tu dapat juga pahala sebab tolong-menolong ni.

Tapi dalam proses format tu, kadang-kadang kawan-kawan saya ni tak ambil berat pun pasal CD Driver komputer masing-masing. Apalagi, mesti saya tercari-cari driver untuk setiap hardware di komputer tu.

Permasalahan ni selesai jika kita menggunakan software Everest yang dapat mengesan dengan mudah dan tepat setiap driver bagi hardware di komputer kita.

Saya suka menggunakan Everest ni walaupun kita boleh cari details tentang driver menggunakan device manager pada komputer kita. Sebabnya ialah Everest ni mudah dan cepat memberitahu kita tentang sesuatu driver yang dicari.

Download saja Everest disini.

Saya kadang-kadang geram juga akan beberapa aplikasi yang kadang-kadang juga menyerabutkan fikiran saya. Maksudnya, ada aplikasi yang berjalan dalam komputer saya tapi sebenarnya aplikasi ni tak berfungsi pun malah mungkin memakan ruang harddisk saya yang sememangnya kecil ni.

Satu keadaan lagi ialah sedang anda menjalankan satu-satu aplikasi, secara tiba-tiba ianya tidak berfungsi dan tergantung (hang). Puas menekan-nekan butang pada aplikasi tersebut tetapi tidak mendatangkan sebarang kesan. Nak tutup pun tak boleh. Nak katakan virus menyerang, tak tahu lagi. Tambahan pula pada bar tajuk aplikasi tersebut ada tertulis “Not responding”. Lagi pening dibuatnya.

Perisian yang dicadangkan ialah Task Killer yang mampu membunuh terus aplikasi tadi. Maknanya, aplikasi tu takdelah tergantung atau ‘hang’ dan kita asyik tunggu sampailah komputer berfungsi seperti biasa. Kalau seminit dua takpelah, tapi kalau berjam-jam duk tunggu, sakit hati juga.

Ini screenshot Task Killer. Ada dua fungsi yang boleh dijalankan melalui Task Killer ni iaitu Process atau Windows. Pilih saje mana-mana yang dirasakan perlu dan Task Killer akan membunuh terus Process atau Aplikasi Windows yang menyakitkan hati tu.

Download Task Killer disini.

Khas untuk pengguna Windows XP.

Kesemua yang tertulis di atas iaitu My Documents, My Pictures and Desktop adalah terletak di Drive C, yang bermaksud kesemua file-file yang tersimpan disitu sebenarnya disimpan di Drive C komputer kita. Memang menyusahkan terutama apabila kita hendak format komputer. Kadang-kadang kita tak perasan atau lupa akan file-file penting yang terdapat pada My Documents atau My Pictures. Akibatnya, hilanglah file-file penting tadi selepas proses format dibuat.

Satu keadaan lagi dimana Drive C kita kecil untuk menampung kesemua file yang kita suka sangat simpan pada desktop. Memang dah jadi kebiasaan kan semua orang. Kalau boleh semua benda nak diletak kat desktop…termasuklah saya.

TweakUI boleh membantu mengubah lokasi bagi folder-folder seperti My Documents, My Music, My Pictures, dan Desktop. Buka TweakUI dan pergi kepada My Computer > Special Folder. Di sini, kita boleh memilih folder mana yang akan ditetapkan. Klik pada “Change Location” dan letakkan folder tersebut pada drive selain dari C.

Dengan ini, dokumen akan tetap selamat walaupun setelah diformat dan juga akan mengurangkan penggunaan Drive C akibat dari sikap kita yang suka sangat meletakkan file-file pada desktop. Tips ni memang menarik untuk pengguna XP.

Mudah kan. Download Tweak UI disini.

Picasa Pengurus Foto Terbaik

Posted: August 11, 2010 in Software

Dulunya saya guna ACD SEE Photo Manager untuk mengurus foto-foto saya. Saya diperkenalkan dengan Picasa melalui versinya yang terbaru iaitu 3.6. Walaupun dah banyak sebenarnya versi Picasa ni, namun saya rasa ralat sebab tidak dapat bersama-sama membangun melalui versi Picasa. Tak dapat dibayangkan macam mana saya nak edit keseluruhan gambar di komputer tanpa Picasa. Cukuplah saya katakan bahawa Picasa merupakan software pengurusan foto yang terbaik sekali bagi saya setakat ini. Cukup memenuhi semua keperluan dalam membuat pengubahsuaian yang asas seperti crop, straighten, dan red eye.

Picasa melalui versi 3.5 sudah membawa fungsi pengecaman wajah iaitu memudahkan anda untuk mencari gambar berdasarkan nama orang yang berda di dalam gambar tersebut. Setelah install Picasa ni, ia akan scan kesemua koleksi gambar untuk mengenalpasti wajah-wajah yang terdapat di dalamnya. Kemudian kita boleh berikan nama kepada wajah-wajah tersebut. Setelah anda memberikan nama, Picasa akan menyusun wajah-wajah yang sama yang dijumpai. Jika anda sedang melihat gambar dalam satu-satu folder, anda boleh klik pada tab ‘People’ untuk melihat siapa yang berada di dalamnya. Di sini anda juga boleh tag nama jika ada sesiapa yang tertinggal.

Saya dah cuba fungsi pengecaman wajah ni dan kebanyakan tekaan Picasa adalah betul, cuma sedikit sahaja yang silap. Namun kita boleh membuang tag yang silap tu dengan mudah. Saya suka PICASA!!!

Download PICASA 3.6 disini.