Cara-cara Install Ubuntu 10.04

Posted: August 6, 2010 in Linux

Alhamdulillah…sebenarnya hampir seminggu saya pening kepala memikirkan permasalahan Ubuntu ni. Tapi nasib baik saya tidak buntu dibuatnya. Semalam selamat sudah saya install Ubuntu pada laptop kesayangan saya ni. Pertama kali dalam hidup saya menggunakan Linux sebagai Operating System di komputer. Bangga!

Ubuntu adalah sebuah operating system yang berdasarkan Linux. Versi baru bagi Ubuntu dikeluarkan setiap 6 bulan. Jadi, Ubuntu 10.04 bermakna ia dikeluarkan pada April 2010. Tempoh penggunaan Ubuntu ni adalah selama 3 tahun jadi versi 10.04 ni akan tamat pada bulan April 2013. Ubuntu ni adalah percuma, kita bebas untuk melihat serta mengubah source code yang ada di dalamnya tanpa sekatan. Masalah virus juga amat sedikit dalam Ubuntu ni dan juga hampir tiada. Anda boleh download fail ISO terus dari laman web Ubuntu. Kemudian, burn fail ISO ini ke dalam CD untuk menggunakannya.

Gunakan hard disk kosong yang khas untuk membuat pemasangan Ubuntu. Jika tiada, anda boleh juga menggunakan hard disk yang telah ada Windows dan dokumen lain di dalamnya tapi pastikan anda membuat backup terhadap Windows serta dokumen-dokumen tersebut sebagai langkah berjaga-jaga.

Langkah-langkah Install Ubuntu 10.04

  1. Terlebih dahulu, tetapkan boot sequence supaya komputer boleh boot dari CD-ROM.
  2. Masukkan CD Ubuntu yang telah ada file ISO di dalamnya (file ISO yang telah di’burn’ ke CD tadi). Skrin pertama adalah pilihan bahasa untuk proses pemasangan. Pilih English dan tekan Enter.
  3. Selepas itu, anda boleh memilih samada untuk menjalankan Live CD Ubuntu. Live CD ini membenarkan anda mencuba Ubuntu terlebih dahulu tanpa perlu install apa-apa ke dalam komputer. Pilih “Try Ubuntu without any change to your computer” untuk mencuba Live CD Ubuntu, dan teruskan ke langkah 4. Sekiranya anda ingin terus memasang Ubuntu, pilih “Install Ubuntu” dan teruskan ke langkah 5.
  4. Inilah kelebihna Ubuntu ni. Anda boleh memandu uji Ubuntu untuk menguji kesesuaiannya dengan komputer anda. Jika anda sudah puas mencuba dan ingin memasang Ubuntu, klik pada ikon Install.
  5. Skrin Install yang pertama akan dipaparkan. Klik pada butang Forward.
  6. Pilih zon masa (contohnya: Kuala Lumpur) dari peta yang diberikan, dan klik pada butang Forward.
  7. Pilih keyboard layout (biasanya English) dan tekan butang Forward.
  8. Pada skrin ini, anda dikehendaki menetapkan ruang pada hard disk anda. Jadi berhati-hati agar tidak tersilap. Pilihan adalah seperti berikut.

  • Pilih “Install them side by side, choosing between them each startup” sekiranya anda ingin dual-boot dengan Windows.
  • Pilih “Use the entire hard disk” sekiranya anda menggunakan hard disk kosong yang khas untuk pemasangan Ubuntu.
  • Pilih “Use the largest continous free space” sekiranya anda mempunyai ruang yang tidak berformat dalam hard disk.
  • Pilih “Specify partitions manually” untuk menetapkan partition secara manual. Ini tidak digalakkan.

Selesai membuat pilihan, klik pada butang Forward.

9. Masukkan nama, nama log in, password, serta nama bagi komputer anda. Klik pada butang forward.

10. Ubuntu kini telah sedia untuk dipasang. Klik pada butang forward.

11. Proses pemasangan akan berjalan. Tunggu hingga ianya selesai.

12. Setelah tamat, klik pada butang Restart Now. Setelah restart, anda sudah boleh mula menggunakan Ubuntu anda.

Saya akan buat paparan berdasarkan gambar pada kemudian hari.

SELAMAT MENCUBA!!!

Comments
  1. piduh rashid says:

    slm rino..ok ke gune rino….software guane cite..
    sume bleh masuk ke..cth : autocadd ngan office..

  2. seepot says:

    aku bru nk try ni…
    stkt ni, Ubuntu ni sokong OpenOffice, software mcm MicrosoftOffice jgok.

    try la install dulu…
    mcm2 mnde menarik ada sini….
    ni la versi Linux yg paling senang sekali…
    yang lain kena guna kod kalau nk main..susah..
    slmt mncuba boh.

    • syahrilhafiz says:

      tak perkataan susah dlm hidup kita..
      ak selalunya kalau abih buntu sgt try and error..
      autocad tu ada gantinya nama Netbean..
      office tu dlm ubuntu openoffice..
      kalau ko pakai wine ble install MS office dlm ubuntu…

      • seepot says:

        thanks bro…
        aku ade tahu gak psal wine ni..
        tp kekurangan masa nk selidikmenyelidik…hehe.

        Wine ni utk pasang software Windows pada Linux kan?
        nnti aku selidik…
        aku belajar smua dr Internet…
        Install Ubuntu pn dr Internet juga…
        lambat la sket..nama pun seepot kan.
        hehe.

  3. akubiomed says:

    Ubuntu boleh install bersama Windows kemudian buat dual boot lagipun Ubuntu boleh un-install bila-bila masa dengan tidak meninggalkan kesan kepada Windows.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s