Archive for the ‘Tips’ Category

Cara Mengetahui Jantina Komputer

Posted: November 10, 2010 in Tips

Ini mungkin tips main-main sahaja. Tapi tips ni memberikan gambaran kepada anda tentang jantina komputer. Walaupun komputer ni bukan makhluk, tapi mungkin boleh dijadikan panduan.

Panduan:

1. buka “notepad”

2. tuliskan/copy paste :::

CreateObject(“SAPI.SpVoice”).Speak” blog seepot best and cool”

3. save as:::

jantinakomputer.vbs

4. tutup file tu

5. buka folder di mana anda simpan file tadi dan double click file tu.

6. Anda akan terdengar bunyi “blog seepot ni sangat menarik” dalam bahasa Inggeris….tentukan jantina computer anda melalui bunyi..tu je..

p/s: ayat ” blog seepot best and cool” boleh diubah kepada apa jua ayat yang lain.

Selamat Mencuba!

Mengetahui AntiVirus berfungsi

Posted: November 7, 2010 in Tips

Panduan berguna ni saya ambil dari seorang sahabat di facebook. Memang sangat-sangat berguna terutama bagi sesiapa yang terpikir-pikir samada AntiVirus dia tu berfungsi atau tidak. Dengan panduan ni, kita boleh yakin yang AntiVirus kita tu memang berfungsi.

1:: copy virus nie…X5O!P%@AP[4\PZX54(P^)7CC)7}$EICAR-STANDARD-ANTIVIRUS-TEST-FILE!$H+H*

2:: paste dlm notepad

3:: Kemudian save as :: fakevirus.exe

Panduan ni sangat berguna. Saya dah cuba dah hasilnya sangat memuaskan. Selepas copy dan paste, BitDefender saya dah mengesan file notepad tadi sebagai virus sebelum saya ‘save as’ kepada fakevirus.exe.

Selamat mencuba!!!

Komen di BLOGSPOT

Posted: October 19, 2010 in Tips

Salam semua. Lama rasanya blog ni tak terupdate. Tidak tahu kenapa punca. Malas, sibuk, lupa, dan sebagainya kot. Apapun, saya kembali dengan sedikit entry yang mudah ni. Entry ni membantu pemilik blog terutama blogspot untuk lebih mudah mengendalikan komen di blog.

Baru-baru ni, saya dah menolong seorang kawan menyelesaikan masalah komen di blog dia. Masalah tu jadi bila saya nak komen di blog dia. Komen boleh ditulis macam biasa tapi bila nak masukkan password lepas komen tu ditulis, blog dia jadi tak response. Password tak dapat ditulis.

Jadi penyelesaian mudah, saya suruh dia gunakan komen pop-up. Berikut cara-caranya:

Pergi ke DASHBOARD>SETTING>COMMENT>COMMENT FORM PLACEMENT (Klik Pop-up window)>SAVE.

Sekarang komen sudah berada di page yang lain. Tak seperti biasa, selalunya komen lambat loading bila berada pada page yang sama pada blog kita.

Sape nak komen pada blogspot saya, sila ke sini www.seepot.blogspot.com

Ini tips untuk pengguna blogspot sahaja. Terima kaseh.

Spyware dan masalah berkaitannya

Posted: September 20, 2010 in Tips

Alhamdulillah…masalah selesai.

Hampir dua hari saya mengalami masalah ni iaitu tidak dapat menggunakan sepenuhnya semua fungsi pada Mozilla Firefox saya. Fungsi yang saya maksudkan ialah apabila membuka satu-satu laman web menggunakan MozillaFirefox, contohnya seperti blog seseorang, saya tak dapat komen dengan betul. Seringkali komen saya tak dapat diterima oleh tuan punya blog.

Hampir buntu saya duk cari apa masalah ni. Lantas saya install perisian Spyware yang saya ada. Kalau sesiapa yang masih taktahu apa itu spyware…baca disini. Spyware dalam bahasa mudahnya ialah anak atau sejenis malware yang di’install’ pada komputer tanpa disedari oleh tuan punya komputer dan ianya sangat susah dijejaki, padanlah dengan namanya yang suka mengintip.

Anak-beranak Spyware ni ialah Malware dan Adware.

Selepas install perisian spyware tu dan scan, rupa-rupanya banyak spyware membiak dalam laptop saya. Lepas saya buang, barulah saya dapat menggunakan MozillaFirefox dengan baik. Sekarang tiada masalah lagi untuk melayari internet menggunakan Mozilla Firefox.

Alhamdulillah.

Sufian.info

Posted: September 1, 2010 in Tips

Kenapa tetiba je saya letak Sufian.info tu…?

Sebabnya, saya suka sangat website beliau yang mengajar cara-cara setting sesuatu hardware. Semua yang berkaitan pasal hardware beliau tahu. Ditambah pula dengan tips komputer dan pemasangan komputer yang diterangkan secara terperinci oleh beliau.

Melalui gambar-gambar yang ditunjukkan memudahkan saya mengetahui secara betul dan tepat mengenai pemasangan sesuatu hardware.

Contohnya pemasangan RAM atau harddisk pada laptop. Walaupun orang lain beranggapan pemasangan RAM atau harddisk pada laptop satu kerja mudah, namun jika salah langkah laptop boleh rosak.

Masalah WinRAR dan Codecs

Posted: August 27, 2010 in Tips

Dalam dua tiga hari ini, dua masalah saya hadapi bersama komputer kawan-kawan. Memang rumitlah bagi saya yang tak berapa expert dalam bidang perkomputeran ni. Namun dengan usaha dan upaya yang ada, penyelesaian cuba dicari sendiri dan hasilnya amat memuaskan hati.

Masalah pertama ialah komputer seorang rakan telah diganggu penggunaan WinRAR. Bagi yang tak tahu, WinRAR ialah sejenis compressor yang boleh mengecilkan file kepada size yang lebih kecil. WinRAR ni amat penting dalam komputer utk tujuan compress apa jua jenis file. Saya sebenarnya tidak tahu apa puncanya, namun saya beranggapan bahawa sejenis file yang telah didownload dari Internet menyebabkan WinRAR pada komputer rakan saya tadi menjadi rosak. Semua icon pada computer menunjukkan lambang WinRAR kecuali My Computer dan Recycle Bin. Memang menyusahkan. Penyelesaiannya ialah saya Restore semula Windows menggunakan CD Windows 7 dan install semula software WinRAR. Hasilnya, komputer pulih seperti sediakala.

Masalah kedua ialah mengenai penggunaan Codecs. Codecs memang baik bila digunakan sebagai pembantu untuk membuka sesuatu file media seperti Video atau Audio File. Namun bagi yang tak tahu, Codecs sebenarnya boleh mengancam nyawa komputer kita apabila kita tidak pandai setting pada Codecs tersebut. Tips ni dikongsi oleh seorang rakan saya ketika saya mula-mula berjinak-jinak dengan komputer kira-kira 5 tahun yang lalu. Katanya, Codecs tidak boleh sembarangan utk di’install’ dan kalau nak install, ikut sahaja arahan pada installer tanpa mengubah sebarang setting. Ini kerana,ketika installation proses, Codecs telah mengesan setting yang terbaik untuk komputer kita. Jadi kita hanya perlu tekan Next sahaja. Komputer seorang rakan saya menjadi ‘Hang’ atau tergantung apabila membuka file FLV(file ni biasanya diperoleh dari Youtube) atau apa jua aplikasi membabitkan file FLV. Rupa-rupanya dia telah mengubah setting pada Codecs ketika installation proses. Jadi saya remove dahulu Codecs asal dan install semula Codecs tersebut iaitu jenis K-Lite Mega Codecs Pack version 4.70 tanpa mengubah sebarang setting dan hanya menekan butang Next sahaja. Hasilnya, file FLV dan boleh digunakan semula.

Penat menolong rakan-rakan tapi best sebab masalah selesai.

Install Software Mudah dengan FreeApps

Posted: August 19, 2010 in Tips

Letihnya bulan puasa ni.. Terpaksa hadkan masa untuk update blog IT saya ni. Tadi sempat juga jalan-jalan di blog sifu saya iaitu sembangkomputer.com kelolaan saudara MK. Terjumpa satu entry menarik iaitu cara install software dengan pantas melalui FreeApps.

Pada awalnya FreeApps ni adalah sama dengan Ninite namun apa yang ditawarkan oleh FreeApps ni adalah lebih baik dari Ninite. Sebenarnya inilah laman web yang memudahkan kita untuk install seberapa banyak software tanpa perlu menekan butang next. Dengan kata lainnya, kita boleh install software seperti Mozilla Firefox, CCleaner, Antivirus dan banyak lagi dalam satu masa dengan hanya satu klik sahaja.

Inilah sebenarnya laman web yang diperlukan oleh seseorag apabila proses mengformat komputer dilakukan. Anda sudah boleh lupakan untuk install software satu persatu. Dengan hanya menggunakan FreeApps ni, pergi saja ke FreeApps dan pilih seberapa banyak jenis software yang diingini dan klik pada Get Installer. Simpan file tadi dan jalankannya dengan syarat anda mempunyai sambungan Internet untuk proses installation. Selepas itu, anda boleh meneruskan aktiviti lain dengan meninggalkan komputer anda melakukan semua proses installation.

Memang senang!