Selamat datang ke blog saya.

Ini adalah sebuah blog saya mengenai komputer. Apa yang berkait dengan komputer seperti Internet, software & hardware akan saya kongsi disini.

Blog ini memudahkan saya menyimpan segala data dan tips mengenai alam komputer. Saya kerap kali membantu kawan-kawan membaiki komputer namun saya sendiri tiada backup tentang apa yang dibuat selain CD atau DVD yang semestinya akan hilang. Jadi inilah blog yang membantu saya.

Kredit atau tribute harus diberi kepada kawan-kawan cyber yang menyumbang kepada penubuhan blog ini iaitu computer-realm, sembangkomputer, alex-virtualworld, ati-zone, sufian info, sumberterbuka, Rtikel.com, tech-it, SyahrilHafiz, Acap cybernetic dan lain-lain lagi. Merekalah yang memberi semangat kepada penubuhan blog ini.

Harap blog ini memberi input yang berguna kepada semua…Ingat, JANGAN FORMAT KOMPUTER ANDA.

Membaiki Perisian Internet

Posted: April 10, 2011 in Uncategorized

Pelbagai perisian internet berada di pasaran.

Contoh perisian yang popular ialah Mozilla Firefox.

Namun apabila perisian internet ini rosak, sudah tentu menjadi masalah kepada semua.

Salah satu cara yang paling lekeh ialah dengan ‘install’ semula perisian tersebut.

Cuma download di website Mozilla dan ‘install’ sahaja. Tekan Yes atau Next untuk install.

Bagi yang malas nak ke website tu, download DISINI

Lajukan Lagi Mozilla anda

Posted: December 11, 2010 in Tips Internet

Serius dikatakan, orang Malaysia jarang yang suka pada Mozilla Firefox ni. Ramai yang kata ianya leceh la, tak feel langsung dan tidak memenuhi kehendak pasaran. Namun ada juga yang kata memang dah biasa guna Google Chrome atau Internet Explorer, jadi Mozilla ni hanya dibakulsampahkan.

Dua artikel yang lalu telah saya tulis tentang macam mana nak lajukan Mozilla Firefox. Artikel tu ada disini dan disini. Adalagi rupanya cara yang dapat melajukan lagi Mozilla Firefox ni. Senang je iaitu dengan menggunakan Add-On Mozilla yang direka khas untuk Mozilla sahaja. Download saje dua-dua Add-On Mozilla di bawah ni, dan lepas tu install.

1.Vacuum Places

2.Vacuum Places Improved

Saya dah cuba dan hasilnya….TERBAEKKKK!!!

Cara Mengetahui Jantina Komputer

Posted: November 10, 2010 in Tips

Ini mungkin tips main-main sahaja. Tapi tips ni memberikan gambaran kepada anda tentang jantina komputer. Walaupun komputer ni bukan makhluk, tapi mungkin boleh dijadikan panduan.

Panduan:

1. buka “notepad”

2. tuliskan/copy paste :::

CreateObject(“SAPI.SpVoice”).Speak” blog seepot best and cool”

3. save as:::

jantinakomputer.vbs

4. tutup file tu

5. buka folder di mana anda simpan file tadi dan double click file tu.

6. Anda akan terdengar bunyi “blog seepot ni sangat menarik” dalam bahasa Inggeris….tentukan jantina computer anda melalui bunyi..tu je..

p/s: ayat ” blog seepot best and cool” boleh diubah kepada apa jua ayat yang lain.

Selamat Mencuba!

Mengetahui AntiVirus berfungsi

Posted: November 7, 2010 in Tips

Panduan berguna ni saya ambil dari seorang sahabat di facebook. Memang sangat-sangat berguna terutama bagi sesiapa yang terpikir-pikir samada AntiVirus dia tu berfungsi atau tidak. Dengan panduan ni, kita boleh yakin yang AntiVirus kita tu memang berfungsi.

1:: copy virus nie…X5O!P%@AP[4\PZX54(P^)7CC)7}$EICAR-STANDARD-ANTIVIRUS-TEST-FILE!$H+H*

2:: paste dlm notepad

3:: Kemudian save as :: fakevirus.exe

Panduan ni sangat berguna. Saya dah cuba dah hasilnya sangat memuaskan. Selepas copy dan paste, BitDefender saya dah mengesan file notepad tadi sebagai virus sebelum saya ‘save as’ kepada fakevirus.exe.

Selamat mencuba!!!

WORM memang menyusahkan!

Posted: October 23, 2010 in Tips Komputer

Tadi baru sahaja menolong seorang rakan membaiki laptop kesayangannya. Masalahnya memang rumit, erm rumitlah bagi saya yang baru berjinak-jinak nak tahu permasalahan komputer ni.

Masalahnya ialah bila masuk Windows, skrin jadi gelap dan hanya tetikus atau mouse je yang ada. Saya suspect ni adalah kerja WORM sebab WORM ni memang suka ‘disable’ atau ‘hidden’kan file pengguna komputer.

Saya teringat pada entry lama di blog ni psal WORM dan cara penyelesaiannya. Jadi blog nilah jadi tempat rujukan.

Entry ni adalah cara menyelesiakan masalah skrin jadi gelap tadi. Klik saje disini kalau nak tahu.

Komen di BLOGSPOT

Posted: October 19, 2010 in Tips

Salam semua. Lama rasanya blog ni tak terupdate. Tidak tahu kenapa punca. Malas, sibuk, lupa, dan sebagainya kot. Apapun, saya kembali dengan sedikit entry yang mudah ni. Entry ni membantu pemilik blog terutama blogspot untuk lebih mudah mengendalikan komen di blog.

Baru-baru ni, saya dah menolong seorang kawan menyelesaikan masalah komen di blog dia. Masalah tu jadi bila saya nak komen di blog dia. Komen boleh ditulis macam biasa tapi bila nak masukkan password lepas komen tu ditulis, blog dia jadi tak response. Password tak dapat ditulis.

Jadi penyelesaian mudah, saya suruh dia gunakan komen pop-up. Berikut cara-caranya:

Pergi ke DASHBOARD>SETTING>COMMENT>COMMENT FORM PLACEMENT (Klik Pop-up window)>SAVE.

Sekarang komen sudah berada di page yang lain. Tak seperti biasa, selalunya komen lambat loading bila berada pada page yang sama pada blog kita.

Sape nak komen pada blogspot saya, sila ke sini www.seepot.blogspot.com

Ini tips untuk pengguna blogspot sahaja. Terima kaseh.

Cara-cara Membuat Tulisan Terbalik

Posted: September 28, 2010 in Tips Internet

Popularnya tulisan terbalik di Facebook sekarang!

Dulu saya pernah tulis tentang cara membuat Tulisan Terbalik. Namun download area untuk mendownload file tu dah penuh. Jadi saya buat entry terbaru ni untuk membantu mengatasi masalah ni. Walaupun sebenarnya banyak lagi website yang menawarkan khidmat penulisan sebegini.

Sebenarnya ada cara yang lebih mudah dan praktikal untuk membuat tulisan terbalik yang begitu popular sekarang ni kat Facebook atau Friendster ni.

Pertama sekali, download file notepad ni. Klik disini untuk download.

Setelah siap download tadi, buka semula file notepad tu. Simpan semula file yang telah didownload tadi dengan format html. Berilah nama apa pun file notepad tadi seperti TulisanTerbalik.html. Perhatikan juga pada pilihan save as type dengan memilih yang All files. Kemudian tekan save dan simpan di mana-mana sahaja seperti di desktop anda. Buka kembali file tersebut dan kini anda sudah boleh membuat tulisan terbalik tu.
Mudah sahaja.