Archive for the ‘Uncategorized’ Category

Membaiki Perisian Internet

Posted: April 10, 2011 in Uncategorized

Pelbagai perisian internet berada di pasaran.

Contoh perisian yang popular ialah Mozilla Firefox.

Namun apabila perisian internet ini rosak, sudah tentu menjadi masalah kepada semua.

Salah satu cara yang paling lekeh ialah dengan ‘install’ semula perisian tersebut.

Cuma download di website Mozilla dan ‘install’ sahaja. Tekan Yes atau Next untuk install.

Bagi yang malas nak ke website tu, download DISINI

Advertisements

Fungsi AutoPlay pada Windows 7 sebenarnya memudahkan tugas kita untuk membuka sesuatu devices lain contohnya thumb drive dan cd. Namun penggunaan AutoPlay inilah sebenarnya yang banyak membawa kepada mudahnya virus untuk menyusup masuk ke komputer tanpa kita sedari.

Blog sembangkomputer.com telah memudahkan kerja saya dalam mematikan fungsi Autoplay pada Windows 7 ni. Ikut langkah-langkah ini:

1. Pergi ke START dan taipkan ‘AutoPlay’ di dalam kotak carian. Klik pada ‘Change default settings for media or devices’

2. Kosongkan kotak ‘Use AutoPlay for all media and devices’. Tekan butang Save.

ITU SAHAJA…MUDAHNYA!

Jika kita delete satu-satu fail dari komputer, kemudian kosongkan Recycle Bin. Adakah fail tersebut telah hilang dari PC? Jawapannya tidak sama sekali!!!. Fail tersebut masih boleh diperoleh kembali menggunakan software yang khusus untuk data recovery, contohnya Tune Up Utilities melalui Tune Up Undelete didalamnya.

Mungkin ada di antara fail-fail tersebut yang anda tak nak orang lain baca. Jadi, untuk menghilangkannya terus dari komputer anda, gunakan Perisian ERASER. Caranya mudah sahaja:

1. Download dan install Eraser. Kemudian, buka program Eraser

2. Pilih menu File > New atau tekan Ctrl+N untuk membuat satu tugas baru

3.Tentukan partition mana yang akan dikosongkan dan klik butang OK

4. Ulang langkah 3 untuk semua partition atau folder yang ingin dikosongkan. Anda akan dapat lihat senarai tugas yang dah ditetapkan dalam Eraser

5. Untuk memulakan kesemua tugas tersebut, pilih Task > Run All atau tekan butang Ctrl+Alt+R

Sebenarnya penggunaan ERASER hampir sama dengan RevoUninstaller yang juga merupakan perisian untuk membuang secara total semua file dan registry dalam komputer kita. Namun saya berasakan yang RevoUninstaller lebih praktikal cara penggunaannya.

Download ERASER disini.

Download RevoUninstaller disini.

Cara-cara penggunaan RevoUninstaller, klik disini.

Memang menakjubkan software ni. Team Viewer ni dapat mengawal komputer kawan yang terletak jauh nun disana. Tapi satu je kelebihan software ni, kita dapat menolong kawan yang dalam kesusahan dengan membaiki komputer rakan tadi. Team Viewer ni adalah software menolong kita berinteraksi dengan rakan yang berada jauh. Kita dapat menggunakan komputer rakan tadi seolah-olah kita berada pada komputernya, padahal kita mengawal komputer rakan tu dari komputer kita. Saya dah cuba dengan rakan yang berada di KL sementara saya berada di Selangor, memang boleh berinteraksi dan saya rasa software ni boleh digunakan di mana-mana tempat asalkan ada sambungan Internet. WOW!

Saya dah cuba perisian ni. Memang menarik, apa yang saya buka pada komputer kawan saya tu dapat dilihat secara jelas oleh kawan saya tadi juga sebaliknya, setiap folder ke setiap folder dapat dilihat. Sebagai langkah keselamatannya, perisian ni cuma boleh dijalankan jika kedua-dua belah pihak bersetuju iaitu dengan cara pemberian ID dan Password yang akan digunakan untuk proses sharing ni.

Software ini haruslah dipasang pada kedua-dua buah komputer. Berikut langkah-langkah untuk menggunakan TeamViewer ini. Andaikan bahawa PC yang bermasalah adalah PC Sakinah, dan PC Amar akan digunakan untuk mengawalnya:

1. Download dan lancarkan TeamViewer pada kedua-dua PC.

2. Sakinah akan diberi nombor lapan digit berserta password.

3. Masukkan nombor dan password tersebut pada PC Amar dan klik pada butang “Connect to partner”

4. Kini Amar dah boleh lihat dan kawal PC Sakinah. Setelah selesai, hanya tutup sahaja TeamViewer ini untuk menamatkan sesi.

Software ni boleh digunakan untuk bertukar-tukar fail, chat, dan banyak lagi. Bagi saya software ni memang banyak kegunaannya, terutamanya untuk menolong komputer kawan yang bermasalah diserang virus.

Pakai TeamViewer ni untuk tolong tengokkan komputer kawan, bukan untuk ceroboh dan selongkar komputer kawan.

Download Team Viewer disini.

Selamat datang ke blog saya.

Ini adalah sebuah blog saya mengenai komputer. Apa yang berkait dengan komputer seperti Internet, software & hardware akan saya kongsi disini.

Blog ini memudahkan saya menyimpan segala data dan tips mengenai alam komputer. Saya kerap kali membantu kawan-kawan membaiki komputer namun saya sendiri tiada backup tentang apa yang dibuat selain CD atau DVD yang semestinya akan hilang. Jadi inilah blog yang membantu saya.

Kredit atau tribute harus diberi kepada kawan-kawan cyber yang menyumbang kepada penubuhan blog ini iaitu computer-realm, sembangkomputer, alex-virtualworld, ati-zone, sufian info, sumberterbuka, Rtikel.com, tech-it, SyahrilHafiz, Acap cybernetic dan lain-lain lagi. Merekalah yang memberi semangat kepada penubuhan blog ini.

Harap blog ini memberi input yang berguna kepada semua…Ingat, JANGAN FORMAT KOMPUTER ANDA.