Archive for July, 2010

Hibernate PC

Posted: July 30, 2010 in Tips Komputer

Membazir itu amalan syaitan, tak elok. Ini satu fakta bahawa seseorang tak pernah Shut Down PCnya. Ini tidak bermakna PCnya terpasang 24 jam tanpa henti. Tidak sama sekali! Kalau dibiarkan ia terpasang saja sepanjang hari, dah tentu menyumbang kepada pembaziran elektrik. Jawapannya, letakkan PC dalam mod Hibernate.

Kelebihan Hibernate

Katakan anda buka pelbagai aplikasi dalam Windows; contohnya Microsoft Word, Firefox, Adobe Photoshop dan sebagainya. Dan anda tidak save lagi dokumen-dokumen dalam semua aplikasi tersebut. Apabila anda Hibernate komputer anda, ia akan terpadam, dan anda boleh menanggalkan plag eletrik. ON kan kembali PC anda, semua aplikasi tersebut masih terbuka, bersama semua dokumen yang anda belum save lagi tadi! Mudah kan. Proses ON kan semula PC juga lebih cepat jika anda Hibernate, berbanding dengan Shut Down.

Bagaimana Hibernate berfungsi?

Dalam keadaan Hibernate, Windows akan terlebih dahulu menyimpan segala data anda ke dalam Hard Disk. Data ini kekal walaupun plag elektrik komputer ditanggalkan. Sebab itulah apabila anda ON kan semula PC, data tersebut masih ada. Berbeza dari mod Stand By, komputer hanya meletakkan data tersebut dalam RAM, dan data ini akan hilang sekiranya anda memutuskan bekalan elektrik.

Bagaimana nak Hibernate PC di Windows XP?

Klik Start Menu > Turn Off Computer. Pada paparan window yang keluar, tekan Shift dan butang Stand By akan bertukar kepada Hibernate. Untuk Windows Vista atau Windows7, semua button berkaitan Shutdown, Hibernate atau Sleep telah terletak berdekatan dengan button Shut Down.

Anda juga boleh menetapkan butang Sleep pada keyboard anda . Ikuti langkah-langkah ini dalam Windows XP:

  • Right-click pada Desktop dan pilih Properties.
  • Pada Display Properties, pilih tab Screen Saver.
  • Pada bahagian Monitor Power, klik pada butang Power.
  • Pada Power Options Properties, perhatikan bahagian Power buttons. Pada pilihan “When I press the sleep button on my computer:”, pilih Hibernate dari drop-down menu tersebut.
  • Klik pada butang OK.

Nota: Terdapat beberapa pendapat yang mengatakan fungsi Hibernate ini tak elok untuk PC. Sebenarnya, semua yang berjalan dalam PC anda pun akan memendekkan jangka hayat Hard Disk, bukan Hibernate je. Jadi terpulang kepada anda samada nak guna fungsi Hibernate ni atau tidak. Tapi jawapan yang terbaik, HIBERNATE lebih baik dari anda TURN OFF sahaja skrin PC.

Tips berguna dari sembangkomputer.

Memang menakjubkan software ni. Team Viewer ni dapat mengawal komputer kawan yang terletak jauh nun disana. Tapi satu je kelebihan software ni, kita dapat menolong kawan yang dalam kesusahan dengan membaiki komputer rakan tadi. Team Viewer ni adalah software menolong kita berinteraksi dengan rakan yang berada jauh. Kita dapat menggunakan komputer rakan tadi seolah-olah kita berada pada komputernya, padahal kita mengawal komputer rakan tu dari komputer kita. Saya dah cuba dengan rakan yang berada di KL sementara saya berada di Selangor, memang boleh berinteraksi dan saya rasa software ni boleh digunakan di mana-mana tempat asalkan ada sambungan Internet. WOW!

Saya dah cuba perisian ni. Memang menarik, apa yang saya buka pada komputer kawan saya tu dapat dilihat secara jelas oleh kawan saya tadi juga sebaliknya, setiap folder ke setiap folder dapat dilihat. Sebagai langkah keselamatannya, perisian ni cuma boleh dijalankan jika kedua-dua belah pihak bersetuju iaitu dengan cara pemberian ID dan Password yang akan digunakan untuk proses sharing ni.

Software ini haruslah dipasang pada kedua-dua buah komputer. Berikut langkah-langkah untuk menggunakan TeamViewer ini. Andaikan bahawa PC yang bermasalah adalah PC Sakinah, dan PC Amar akan digunakan untuk mengawalnya:

1. Download dan lancarkan TeamViewer pada kedua-dua PC.

2. Sakinah akan diberi nombor lapan digit berserta password.

3. Masukkan nombor dan password tersebut pada PC Amar dan klik pada butang “Connect to partner”

4. Kini Amar dah boleh lihat dan kawal PC Sakinah. Setelah selesai, hanya tutup sahaja TeamViewer ini untuk menamatkan sesi.

Software ni boleh digunakan untuk bertukar-tukar fail, chat, dan banyak lagi. Bagi saya software ni memang banyak kegunaannya, terutamanya untuk menolong komputer kawan yang bermasalah diserang virus.

Pakai TeamViewer ni untuk tolong tengokkan komputer kawan, bukan untuk ceroboh dan selongkar komputer kawan.

Download Team Viewer disini.

RIP DVD

Posted: July 28, 2010 in Software

Semalam, seorang kawan saya menghadapi masalah untuk copy file dari DVD ke komputer. Error di bawah keluar ketika dia mahu menyalin DVD tersebut.

Error ni sebenarnya terhasil daripada DVD yang original. DVD yang tak ORI jarang keluar error sebegini dan tugas menyalin juga mudah. Jadi error ni keluar adalah sebagai protection kepada DVD yang ORI tu. Penyelesaianya ialah kita perlu Rip DVD tersebut atau dalam bahasa melayunya, menarik keluar file tersebut dari ‘protection’nya. Banyak software di Internet untuk RIP DVD ni, namun DVD Decrypter adalah paling mudah digunakan bagi saya. Gambar di bawah adalah screenshot DVD Decrypter tu.

Untuk RIP DVD ni ada dua file yang boleh di’RIP’kan. Satu file VIDEO yang asli dan satu lagi file ISO untuk dijadikan sebagai file image di komputer. Untuk file ISO kena tekan R untuk RIP DVD tu manakala untuk file video sahaja kena tekan F untuk RID DVD tersebut. Sebenarnya ada banyak lagi software RIP DVD ni seperti Xilisoft DVD Ripper Ultimate dan Leawo DVD Ripper.

Download DVD Decrypter disini.

Autoruns

Posted: July 27, 2010 in Software

Software Autoruns ni hampir sama kegunaannya dengan TuneUp Utilities atau Revo Uninstaller. Ia berupaya mengesan dan membuang segala yang sedang berjalan pada komputer, termasuklah application yang bermula apabila Windows dihidupkan. Autoruns ni lebih efficientberbanding dengan TuneUp Utilities kerana ianya fokus kepada mengesan dan membuang registry yang berjalan di komputer.

Download Autoruns disini.

Uji Kemampuan Keyboard

Posted: July 26, 2010 in Tips Komputer

Keyboard banyak makna dan fungsi kepada kita. Tanpanya, jangan haraplah assignment dapat disiapkan, kertas kerja dapat dihantar atau proposal projek-projek syarikat dapat dilaksanakan serta sebagainya.

Mari uji kemampuan keyboard yang sangat berjasa ni. Buka notepad, tekan shift di kiri dan kanan(jangan dilepaskan). Taip perkataan “the quick brown fox jumps over the lazy dog” pada atas notepad tadi. Lihat berapa banyak huruf yang keluar dari menaip perkataan tadi. Semakin sedikit huruf yang keluar, semakin berkualiti keyboard anda.

Kenapa perkataan “the quick brown fox jumps over the lazy dog” digunakan?

Kerana perkatan itu mengandungi kesemua huruf bermula dari A hingga ke Z.

Unlocker_DELETE File Degil

Posted: July 26, 2010 in Software

Saya dah lama jumpa software ni. Saya ingatkan dulu Unlocker ni adalah software yang dapat sembunyikan folder atau file kita pada komputer. Sekarang baru saya tahu kegunaan software ni. Unlocker ni memudahkan kita membuang file-file yang biasanya dihalang oleh Windows dari dibuang. Biasanya amaran ‘Cannot delete file: Access is denied’ dikeluarkan oleh Windows jika sesuatu file itu dihalang dari di’delete’, seperti logo di bawah.

Unlocker ni berfungsi untuk membuang fail-fail degil ini. Hanya right-click pada fail atau folder tersebut, dan pilih Unlocker. Jika terdapat sebarang mekanisma yang menghalang fail tersebut dari dibuang, Unlocker akan memaparkannya. Selepas itu, klik Unlock All dan kini anda boleh delete fail tersebut.

Donlod Unlocker disini.

REVO Uninstaller

Posted: July 26, 2010 in Software

Saya ni suka sangat mencuba pelbagai software terbaru. Biasanya tidak semua software yang saya cuba tu menepati kehendak saya dan juga kehendak atau requirement yang diperlukan oleh Windows yang saya pakai. Jadi, mulalah saya nak ‘Uninstall’ software tersebut kalau betul-betul tidak menepati kehendak-kehendak tadi. Pada masa yang sama, saya bimbang kalau-kalau software itu tidak dibuang dengan sebetulnya, atau dengan bahasa komputernya, software-software tadi masih meninggalkan registry pada system komputer saya.

Namun, REVO Uninstaller ni memang banyak membantu saya ‘uninstall’ software dengan berkesan. Ianya dapat dilakukan melalui Hunter Mode pada REVO Uninstaller ini.

Selain dapat membuang software dengan sebersihnya, REVO Unistaller juga dapat memaparkan program yang dilancarkan secara automatik apabila Windows dimulakan. Sekiranya anda tak mahu satu-satu program dilancarkan secara automatik, kosongkan ruangan checkbox di sebelahnya melalui Autorun Manager.

Ada banyak lagi function lain dalam REVO Uninstaller ni seperti fungsi yang dilakukan oleh Tune Up Utilities.

Donlod REVO Uninstaller disini….