Archive for the ‘Tips Internet’ Category

Lajukan Lagi Mozilla anda

Posted: December 11, 2010 in Tips Internet

Serius dikatakan, orang Malaysia jarang yang suka pada Mozilla Firefox ni. Ramai yang kata ianya leceh la, tak feel langsung dan tidak memenuhi kehendak pasaran. Namun ada juga yang kata memang dah biasa guna Google Chrome atau Internet Explorer, jadi Mozilla ni hanya dibakulsampahkan.

Dua artikel yang lalu telah saya tulis tentang macam mana nak lajukan Mozilla Firefox. Artikel tu ada disini dan disini. Adalagi rupanya cara yang dapat melajukan lagi Mozilla Firefox ni. Senang je iaitu dengan menggunakan Add-On Mozilla yang direka khas untuk Mozilla sahaja. Download saje dua-dua Add-On Mozilla di bawah ni, dan lepas tu install.

1.Vacuum Places

2.Vacuum Places Improved

Saya dah cuba dan hasilnya….TERBAEKKKK!!!

Advertisements

Cara-cara Membuat Tulisan Terbalik

Posted: September 28, 2010 in Tips Internet

Popularnya tulisan terbalik di Facebook sekarang!

Dulu saya pernah tulis tentang cara membuat Tulisan Terbalik. Namun download area untuk mendownload file tu dah penuh. Jadi saya buat entry terbaru ni untuk membantu mengatasi masalah ni. Walaupun sebenarnya banyak lagi website yang menawarkan khidmat penulisan sebegini.

Sebenarnya ada cara yang lebih mudah dan praktikal untuk membuat tulisan terbalik yang begitu popular sekarang ni kat Facebook atau Friendster ni.

Pertama sekali, download file notepad ni. Klik disini untuk download.

Setelah siap download tadi, buka semula file notepad tu. Simpan semula file yang telah didownload tadi dengan format html. Berilah nama apa pun file notepad tadi seperti TulisanTerbalik.html. Perhatikan juga pada pilihan save as type dengan memilih yang All files. Kemudian tekan save dan simpan di mana-mana sahaja seperti di desktop anda. Buka kembali file tersebut dan kini anda sudah boleh membuat tulisan terbalik tu.
Mudah sahaja.

Cara-cara Menghantar SMS Free

Posted: September 22, 2010 in Tips Internet

Sebenarnya saya baru berkenalan dengan blog seorang hackers ternama Malaysia iaitu Acapz di http://www.cybernetic88.com. Banyak pengetahuan diperoleh dari blog Acapz tu. Dan yang lebih penting, Acapz pernah melawat blog saya ni. Terharunya seorang hackers melawat blog saya yang masih budak hingusan ni.

Entry pertama yang sangat menarik minat saya di blog Acapz ni ialah mengenai SMS Free. Dulu saya pernah guna SMS Free ni tapi dah lupa laman webnya. Tambahan lagi laman web tu pun sebenarnya dah tidak beroperasi.

SMS Free ni sangat menarik sehinggakan kita boleh menghantar sebanyak 31 sms pada setiap hari hanya dengan menggunakan komputer sahaja. Kita boleh juga menyimpan nombor telefon di dalam buku telefon dan terdapat fungsi dimana kita boleh menetapkan penghantaran sms secara berjadual kepada rakan-rakan. Jadi jika ada sesuatu perkara yang penting seperti hari lahir seseorang, pasti kita tidak akan terlewat untuk mengucapkannya dan masalah terlupa akan dapat diatasi dengan adanya MostSMS ini.

Untuk daftar, ikut langkah berikut:

LANGKAH 1: Pergi ke http://www.mostsms.com/signup.php

LANGKAH 2: Isikan segala butir anda seperti di bawah dan masukkan kod keselamatan. Tekan butang signup.

LANGKAH 3: Satu mesej pengesahan akan dihantar ke telefon bimbit anda beserta dengan kata laluan untuk anda login masuk ke MostSMS.

LANGKAH 4: Seterusnya Login dan tukar kata laluan dari mesej yang anda dapat dari telefon bimbit tadi.

LANGKAH 5: Kini anda boleh mula menghantar 31 sms secara percuma ke telefon bimbit rakan anda dalam sehari. Pengguna Maxis dan Celcom boleh digunakan dan pastikan anda tidak menggunakan perkhidmatan MostSMS ini sebagai sms SPAM kerana nombor dan nama pertama anda akan disertakan sekali semasa anda menghantar mesej.

SELAMAT Mencuba…

Add-On Mozilla untuk Facebook

Posted: September 15, 2010 in Tips Internet

Selamat Hari Raya semua!

Sudah lama saya tak update blog komputer saya ni. Maklumlah musim raya yang hanya setahun sekali ni memang susah nk ditinggalkan. Sibuk beraya dengan kawan-kawan yang memang susah nak berjumpa tu.

Apapun, saya kembali dengan satu Add-On yang berguna untuk kaki FACEBOOK. Saya yakin Add-On Mozilla ni sangat disukai semua. Saya dapat Add-On ni dari seorang kawan semasa beraya baru-baru ni.

Add-On ni khas untuk membesarkan image pada FACEBOOK dengan hanya lalu sahaja mouse pada image tersebut. Apa jua image pada FACEBOOK dapat dibesarkan tanpa perlu klik.

Namun keburukan Add-On ni ialah anda mungkin akan serabut dengan kerja-kerja ZOOM yang dilakukan oleh Add-On ni.

Kalau mahu boleh cuba…

Ini link Add-On tu.

https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/125440/

Klik sahaja dan anda akan dibawa untuk proses installation. Klik pada install now dan restart MozillaFirefoz selepas proses installation selesai.

Saya dapat besarkan image di atas tanpa perlu klik pada image tersebut. Hanya lalu sahaja mouse padanya.

Kebiasaannya, saya suka membuat carian artikel di Wikipedia, HowStuffWorks atau Scribd bagi sebarang tugasan terutamanya berkaitan bidang pengajian saya. Kesemua tempat carian artikel tadi memang sangat membantu dan mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Wikipedia dan HowStuffWorks adalah free untuk digunakan kecuali di Scribd yang memerlukan anda sign-up account untuk menggunakannya.

Saya terjumpa satu lagi tempat carian artikel iaitu StumbleUpon untuk membuat carian tentang sebarang artikel yang diperlukan. Artikel-artikel di StumbleUpon disusun mengikut minat dan kegemaran kita. Tapi ianya sama seperti Scribd dimana kita perlu sign-up account dahulu atau dengan kata lain menjadi ahli StumbleUpon untuk menggunakannya.

Cara menggunakan StumbleUpon

Pilih topik apa yang anda minati. Saya memilih kesemua topik yang disediakan iaitu sebanyak 506 item, tapi anda letih la sedikit untuk tick kesemua 506 items tadi. Ini penting untuk saya mendapatkan kesemua artikel jika sesuatu bahan dicari. Jadi saya cadangkan anda tick kesemuanya.

Selepas itu StumbleUpon sudah tersedia untuk digunakan dengan menekan butang Stumble .

Anda boleh klik pada butang ‘I like this’ jika anda suka dengan artikel tersebut. Namun jika artikel yang dipaparkan adalah membosankan, anda boleh klik lagi pada butang ‘Stumble!’ untuk mendapatkan artikel seterusnya.

Alhamdulillah, StumbleUpon sebenarnya banyak membantu saya mencari artikel berkaitan pengajian saya.

Rupa-rupanya ada satu cara mudah untuk membuat carian sepantas mungkin. Biasanya kita akan masuk ke laman Google dahulu untuk search sesuatu. Namun cara ni amat cepat dan menjimatkan masa kerana kita boleh buat carian sambil membaca sesuatu di laman blog atau laman-laman lain. Jom sama-sama kita lihat:

Carian Mudah di Firefox:

Sambil anda membaca sesuatu contohnya pada laman blog atau apa sahaja, pilih sahaja pada perkataan tersebut,klik kanan, dan pilih “Search Google”. Firefox akan membawa anda ke hasil carian Google secara automatik. Keputusan carian akan dipaparkan pada Google sendiri.

Carian Mudah di Opera:

Dalam Opera, kita boleh pilih atau dwi-klik pada perkataan tersebut dan pilih Search. Opera akan membawa kita ke hasil carian Google secara automatik. Namun, carian dalam Opera tidak terhad kepada Google sahaja. Seperti yang anda dapat lihat pada pilihan yang dipaparkan, kita boleh buat carian untuk Yahoo! atau Wikipedia. Memang menarik.

Saya suka memanggil ketiga-tiga Antivirus ni sebagai Antivirus 3A. Kesemua nama Antivirus ni bermula dengan huruf A. Namun bukan semua yang suka menggunakan perisian percuma yang disediakan oleh ketiga-tiga company Antivirus ni. Maklumlah, ramai yang beranggapan bahawa Antivirus seperti ni susah nak detect atau mengesan virus-virus besar seperti Worm, TrojanHorse atau apa saja pada komputer mereka. Namun kelebihan Free Antivirus seperti ni ialah update mereka adalah PERCUMA. Itu saja.

Mari sama-sama kita berkongsi cara nak update ketiga-tiga antivirus ni secara manual. Ini berguna untuk update Antivirus bagi yang tiada sambungan Internet. (more…)