Archive for September, 2010

Cara-cara Membuat Tulisan Terbalik

Posted: September 28, 2010 in Tips Internet

Popularnya tulisan terbalik di Facebook sekarang!

Dulu saya pernah tulis tentang cara membuat Tulisan Terbalik. Namun download area untuk mendownload file tu dah penuh. Jadi saya buat entry terbaru ni untuk membantu mengatasi masalah ni. Walaupun sebenarnya banyak lagi website yang menawarkan khidmat penulisan sebegini.

Sebenarnya ada cara yang lebih mudah dan praktikal untuk membuat tulisan terbalik yang begitu popular sekarang ni kat Facebook atau Friendster ni.

Pertama sekali, download file notepad ni. Klik disini untuk download.

Setelah siap download tadi, buka semula file notepad tu. Simpan semula file yang telah didownload tadi dengan format html. Berilah nama apa pun file notepad tadi seperti TulisanTerbalik.html. Perhatikan juga pada pilihan save as type dengan memilih yang All files. Kemudian tekan save dan simpan di mana-mana sahaja seperti di desktop anda. Buka kembali file tersebut dan kini anda sudah boleh membuat tulisan terbalik tu.
Mudah sahaja.
Advertisements

Ini bukan masalah sebenarnya. Tapi lebih kepada menyusahkan pengguna Windows 7 atau Vista. Namanya User Account Control (UAC) ni terletak pada Windos 7 dan juga Windows Vista. Namun begitu, UAC ni sebenarnya dibina bagi menyekat aplikasi yang ingin mengubah sistem Windows tanpa kebenaran. Bagi saya, fungsi ini agak melecehkan kerana perlu klik pada butang OK setiap kali kita ingin install apa-apa perisian pada Windows 7 atau Vista. Jadi, disini saya nak kongsi cara mematikan terus fungsi yang menyusahkan ni.

1. Buka Control Panel dan taipkan ‘UAC’ di dalam kotak carian. Anda akan nampak kategori Action Center dipaparkan. Klik pada ‘Change User Account Control settings’

2. Ubah tetapan kepada ‘Never notify’ dengan menarik scroll ke bawah. Klik pada butang OK. UAC akan dipaparkan buat kali terakhir, klik sahaja pada butang Yes.

SIAP…Kini anda sudah tidak terbeban dengan masalah UAC ni.

Salam…

Dulu saya pernah tulis tentang cara nak paparkan dua application XP serentak. Sekarang saya dah jumpa cara nak paparkan dua application pada Windows 7 secara serentak.

Caranya sangatlah mudah. Kita hanya perlu tekan kekunci Windows + Anak panah kiri atau kanan.  Cara ini sangat berguna bila kita sibuk membuat kerja-kerja edit pada application Windows 7. Contohnya seperti menggunakan dua application iaitu Firefox dengan Microsoft Office.

Terima kaseh saudara MK dari blog sembangkomputer.

Cara-cara Menghantar SMS Free

Posted: September 22, 2010 in Tips Internet

Sebenarnya saya baru berkenalan dengan blog seorang hackers ternama Malaysia iaitu Acapz di http://www.cybernetic88.com. Banyak pengetahuan diperoleh dari blog Acapz tu. Dan yang lebih penting, Acapz pernah melawat blog saya ni. Terharunya seorang hackers melawat blog saya yang masih budak hingusan ni.

Entry pertama yang sangat menarik minat saya di blog Acapz ni ialah mengenai SMS Free. Dulu saya pernah guna SMS Free ni tapi dah lupa laman webnya. Tambahan lagi laman web tu pun sebenarnya dah tidak beroperasi.

SMS Free ni sangat menarik sehinggakan kita boleh menghantar sebanyak 31 sms pada setiap hari hanya dengan menggunakan komputer sahaja. Kita boleh juga menyimpan nombor telefon di dalam buku telefon dan terdapat fungsi dimana kita boleh menetapkan penghantaran sms secara berjadual kepada rakan-rakan. Jadi jika ada sesuatu perkara yang penting seperti hari lahir seseorang, pasti kita tidak akan terlewat untuk mengucapkannya dan masalah terlupa akan dapat diatasi dengan adanya MostSMS ini.

Untuk daftar, ikut langkah berikut:

LANGKAH 1: Pergi ke http://www.mostsms.com/signup.php

LANGKAH 2: Isikan segala butir anda seperti di bawah dan masukkan kod keselamatan. Tekan butang signup.

LANGKAH 3: Satu mesej pengesahan akan dihantar ke telefon bimbit anda beserta dengan kata laluan untuk anda login masuk ke MostSMS.

LANGKAH 4: Seterusnya Login dan tukar kata laluan dari mesej yang anda dapat dari telefon bimbit tadi.

LANGKAH 5: Kini anda boleh mula menghantar 31 sms secara percuma ke telefon bimbit rakan anda dalam sehari. Pengguna Maxis dan Celcom boleh digunakan dan pastikan anda tidak menggunakan perkhidmatan MostSMS ini sebagai sms SPAM kerana nombor dan nama pertama anda akan disertakan sekali semasa anda menghantar mesej.

SELAMAT Mencuba…

Spyware dan masalah berkaitannya

Posted: September 20, 2010 in Tips

Alhamdulillah…masalah selesai.

Hampir dua hari saya mengalami masalah ni iaitu tidak dapat menggunakan sepenuhnya semua fungsi pada Mozilla Firefox saya. Fungsi yang saya maksudkan ialah apabila membuka satu-satu laman web menggunakan MozillaFirefox, contohnya seperti blog seseorang, saya tak dapat komen dengan betul. Seringkali komen saya tak dapat diterima oleh tuan punya blog.

Hampir buntu saya duk cari apa masalah ni. Lantas saya install perisian Spyware yang saya ada. Kalau sesiapa yang masih taktahu apa itu spyware…baca disini. Spyware dalam bahasa mudahnya ialah anak atau sejenis malware yang di’install’ pada komputer tanpa disedari oleh tuan punya komputer dan ianya sangat susah dijejaki, padanlah dengan namanya yang suka mengintip.

Anak-beranak Spyware ni ialah Malware dan Adware.

Selepas install perisian spyware tu dan scan, rupa-rupanya banyak spyware membiak dalam laptop saya. Lepas saya buang, barulah saya dapat menggunakan MozillaFirefox dengan baik. Sekarang tiada masalah lagi untuk melayari internet menggunakan Mozilla Firefox.

Alhamdulillah.

Add-On Mozilla untuk Facebook

Posted: September 15, 2010 in Tips Internet

Selamat Hari Raya semua!

Sudah lama saya tak update blog komputer saya ni. Maklumlah musim raya yang hanya setahun sekali ni memang susah nk ditinggalkan. Sibuk beraya dengan kawan-kawan yang memang susah nak berjumpa tu.

Apapun, saya kembali dengan satu Add-On yang berguna untuk kaki FACEBOOK. Saya yakin Add-On Mozilla ni sangat disukai semua. Saya dapat Add-On ni dari seorang kawan semasa beraya baru-baru ni.

Add-On ni khas untuk membesarkan image pada FACEBOOK dengan hanya lalu sahaja mouse pada image tersebut. Apa jua image pada FACEBOOK dapat dibesarkan tanpa perlu klik.

Namun keburukan Add-On ni ialah anda mungkin akan serabut dengan kerja-kerja ZOOM yang dilakukan oleh Add-On ni.

Kalau mahu boleh cuba…

Ini link Add-On tu.

https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/125440/

Klik sahaja dan anda akan dibawa untuk proses installation. Klik pada install now dan restart MozillaFirefoz selepas proses installation selesai.

Saya dapat besarkan image di atas tanpa perlu klik pada image tersebut. Hanya lalu sahaja mouse padanya.

Sufian.info

Posted: September 1, 2010 in Tips

Kenapa tetiba je saya letak Sufian.info tu…?

Sebabnya, saya suka sangat website beliau yang mengajar cara-cara setting sesuatu hardware. Semua yang berkaitan pasal hardware beliau tahu. Ditambah pula dengan tips komputer dan pemasangan komputer yang diterangkan secara terperinci oleh beliau.

Melalui gambar-gambar yang ditunjukkan memudahkan saya mengetahui secara betul dan tepat mengenai pemasangan sesuatu hardware.

Contohnya pemasangan RAM atau harddisk pada laptop. Walaupun orang lain beranggapan pemasangan RAM atau harddisk pada laptop satu kerja mudah, namun jika salah langkah laptop boleh rosak.