Archive for the ‘Blogging’ Category

How Much Is Your Blog Worth?

Posted: July 26, 2010 in Blogging

Bagaimana blog anda dinilai?

Atau anda sendiri yang menilai blog anda?

Ada satu laman web yang boleh menilai blog atau website.

Entah macam mana dinilai.

http://www.business-opportunities.biz/projects/how-much-is-your-blog-worth/

Blog saya bernilai…

Ehem ehem…

$564.54

Mungkin nilai blog akan berubah, Saya akan chek lagi untuk beberapa tahun akan datang.

Test Kecepatan Blog

Posted: July 25, 2010 in Blogging

Satu kaedah yang amat berguna. Anda ada blog?

Uji kecepatan loading blog anda.

Maksudnya, berapa lama blog mengambil masa untuk kita betul-betul dapat membukanya.

Iwebtool dapat buktikan walaupun saya beranggapan yang loading blog ni hanya bergantung kepada kelajuan Internet kita.

Blog saya berkelajuan 0.57 second untuk loading dan betul-betul saya dapat membukanya. Ia juga memberitahu tentang saiz blog kita.

Cuba disini.

Pindah dan arah ni banyak membantu saya membina semula blog baru saya ini di wordpress. Arahan arahkan alamat di blogspot ke wordpress sangat berguna untuk membantu kawan-kawan saya mengetahui blog terbaru saya di wordpress ini. Jadi jimatlah masa saya!

Pindahkan kandungan dari blogspot ke wordpress:

  1. Dari ruangan Dashboard pada WordPress anda, pergi ke bahagian Tools > Import.
  2. Klik pada Blogger untuk memindahkan entri-entri dari akaun Blogspot anda.
  3. Klik pada Authorize dan WordPress akan membawa anda kepada Google untuk mengesahkan akaun di Blogspot.
  4. Google Account akan dipaparkan. Masukkan emel dan password yag anda gunakan untuk akaun Blogspot, dan klik pada butang Sign In. (Nota: Jika anda telah sedia log in, teruskan kepada langkah 5)
  5. Klik pada butang Grant Access.
  6. Anda akan dibawa balik ke Dasboard di WordPress. Di sini, klik butang Import pada blog yang anda ingin pindahkan. Setelah berjaya, semua entri-entri lama akan diletakkan di dalam blog baru anda.

Arahkan alamat di blogspot ke wordpress:

  1. Dari ruangan Dashboard pada Blogspot anda, pergi ke bahagian Layout > Edit HTML.
  2. Tambahkan kod HTML ini di bawah <head> :
    <meta HTTP-EQUIV="REFRESH" content="0; url=https://seepot.wordpress.com/"></meta>
  3. Nota: Gantikan http://seepot.wordpress.com dengan alamat URL bagi blog baru anda.

Baca Blog Kegemaran dengan RSS

Posted: July 24, 2010 in Blogging

Saya ada banyak blog yang suka dibaca pada setiap hari. Blog-blog ini semuanya saya subscribe atau ikuti perkembangannya. Jumlahnya memang banyak sehingga menjangkau puluhan blog kesemuanya.

Ada satu teknologi yang dipanggil RSS (Real Simple Syndication) yang membantu kita membaca blog dan laman web tersebut dengan jauh lebih pantas.

Terdapat dua cara untuk melanggan RSS bila berjumpa dengan laman web atau blog kegemaran kita.

Melalui emel. Perhatikan kotak ini:

Masukkan emel anda ke dalam kotak, dan tekan butang subscribe. RSS akan dihantar kepada emel anda.

Melalui software/Internet. Perhatikan logo ini:

Klik pada logo tersebut dan anda boleh memilih software kegemaran anda untuk melanggan RSS. Google Reader adalah penyelesaian terbaik utk pembacaan sebegini.

Antara software yang menarik ialah RSSOwl dan FeedDemon yang boleh digunakan untuk membaca blog atau laman web kegemaran tadi. Bagi perkhidmatan web pula, pilihan yang baik adalah Google Reader.

Selamat datang ke blog saya.

Ini adalah sebuah blog saya mengenai komputer. Apa yang berkait dengan komputer seperti Internet, software & hardware akan saya kongsi disini.

Blog ini memudahkan saya menyimpan segala data dan tips mengenai alam komputer. Saya kerap kali membantu kawan-kawan membaiki komputer namun saya sendiri tiada backup tentang apa yang dibuat selain CD atau DVD yang semestinya akan hilang. Jadi inilah blog yang membantu saya.

Kredit atau tribute harus diberi kepada kawan-kawan cyber yang menyumbang kepada penubuhan blog ini iaitu computer-realm, sembangkomputer, alex-virtualworld, ati-zone, sufian info, sumberterbuka, Rtikel.com, tech-it, SyahrilHafiz, Acap cybernetic dan lain-lain lagi. Merekalah yang memberi semangat kepada penubuhan blog ini.

Harap blog ini memberi input yang berguna kepada semua…Ingat, JANGAN FORMAT KOMPUTER ANDA.