Masalah WinRAR dan Codecs

Posted: August 27, 2010 in Tips

Dalam dua tiga hari ini, dua masalah saya hadapi bersama komputer kawan-kawan. Memang rumitlah bagi saya yang tak berapa expert dalam bidang perkomputeran ni. Namun dengan usaha dan upaya yang ada, penyelesaian cuba dicari sendiri dan hasilnya amat memuaskan hati.

Masalah pertama ialah komputer seorang rakan telah diganggu penggunaan WinRAR. Bagi yang tak tahu, WinRAR ialah sejenis compressor yang boleh mengecilkan file kepada size yang lebih kecil. WinRAR ni amat penting dalam komputer utk tujuan compress apa jua jenis file. Saya sebenarnya tidak tahu apa puncanya, namun saya beranggapan bahawa sejenis file yang telah didownload dari Internet menyebabkan WinRAR pada komputer rakan saya tadi menjadi rosak. Semua icon pada computer menunjukkan lambang WinRAR kecuali My Computer dan Recycle Bin. Memang menyusahkan. Penyelesaiannya ialah saya Restore semula Windows menggunakan CD Windows 7 dan install semula software WinRAR. Hasilnya, komputer pulih seperti sediakala.

Masalah kedua ialah mengenai penggunaan Codecs. Codecs memang baik bila digunakan sebagai pembantu untuk membuka sesuatu file media seperti Video atau Audio File. Namun bagi yang tak tahu, Codecs sebenarnya boleh mengancam nyawa komputer kita apabila kita tidak pandai setting pada Codecs tersebut. Tips ni dikongsi oleh seorang rakan saya ketika saya mula-mula berjinak-jinak dengan komputer kira-kira 5 tahun yang lalu. Katanya, Codecs tidak boleh sembarangan utk di’install’ dan kalau nak install, ikut sahaja arahan pada installer tanpa mengubah sebarang setting. Ini kerana,ketika installation proses, Codecs telah mengesan setting yang terbaik untuk komputer kita. Jadi kita hanya perlu tekan Next sahaja. Komputer seorang rakan saya menjadi ‘Hang’ atau tergantung apabila membuka file FLV(file ni biasanya diperoleh dari Youtube) atau apa jua aplikasi membabitkan file FLV. Rupa-rupanya dia telah mengubah setting pada Codecs ketika installation proses. Jadi saya remove dahulu Codecs asal dan install semula Codecs tersebut iaitu jenis K-Lite Mega Codecs Pack version 4.70 tanpa mengubah sebarang setting dan hanya menekan butang Next sahaja. Hasilnya, file FLV dan boleh digunakan semula.

Penat menolong rakan-rakan tapi best sebab masalah selesai.

Comments
  1. akubiomed says:

    Guna je opensource software 7 zips lebih mudah tak perlu license function pun sama macam Winzip dan Winrar

  2. akubiomed says:

    Kalau nak main video file install je opensource software VLC Media player percuma semua jenis format boleh main

  3. seepot says:

    tq bg info…
    mmg dh tau dua-dua software tu.
    dua-dua tu mmg bnyk mmbantu..
    skrang ni pn tgh pkai.

  4. Alex77 says:

    Aku biase gune WINE jew,, papepun thkz info nya(~_^)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s