Cara-cara Membuang Worm Bron-Spizaetus

Posted: August 15, 2010 in Software

Semalaman saya tak dapat tidur tadi. Memikirkan nasib laptop kesayangan ni. Apa tidaknya, semalaman tadi diserang oleh Bron-Spizaetus.

Apa yang terjadi kepada laptop saya semalam ialah apabila Login Windows, Folder My Documents akan terpapar secara automatik. Desktop hilang, jam dan kalendar hilang, system tray dan taskbar pun hilang. Tapi masih boleh main Internet dgn cara masuk ke My Computer melalui My Documents tadi, terus ke Program Files dan buka folder Mozilla Firefox.

Setelah saya berjumpa cik Google dan bertanya tentang Bron-Spizaetus ni, barulah saya tahu binatang apakah virus tu dikategorikan. Rupanya dia sejenis Brontok tapi namanya yang saintifik sikit. Mungkin versi Brontok baru kot. Kejahatan Bron-Spizaetus ni ialah ia akan Restarts system, Disables Registry Editor , Pauses system startup, Removes Folder Options item in Tools drop-down menu, Uses a Windows folder icon, Attempt to disable the command prompt dan Creates a scheduled task to execute itself on a scheduled basis. Kesemua kejehatan tadi dilakukan oleh Bron-Spizaetus ke atas laptop saya kecuali Restart System sahaja.

Pada masa yang sama, saya teringat kelmarin ada seorang kawan mengambil file dari laptop saya dan selepas saya chek laptop kemudiannya, ada satu file bernama DATA KAMAL menyusup masuk ke laptop saya. Saya secara tak sengaja tertekan file tersebut. Mungkin sebab itulah laptop saya jadi sedemikian rupa semalam. Sesuai la nama Brontok tu sebab kawan saya tu bernama Kamal. Jadi lepas ni jangan mudah-mudah bagi orang guna laptop tu, scan dulu pendrivenya.

Saya ni memang tak suka format laptop. Jangan harap la saya mudah-mudah je nak jahanamkan kemantapan sistem laptop kesayangan saya ni. Sebab utama kalau kita terlalu suka format komputer ialah sistem keupayaan dalaman komputer akan mudah lemah seperti harddisk,  RAM dan lain-lainnya. Orang sekarang ni kalau rosak je komputer mesti nak format. Itu tidak bagi saya! TIDAK sesekali…

Apa yang saya buat ialah dengan cuba buang virus tu. Seperti langkah pertama tadi, saya dah tahu nama virus tu melalui TuneUp Utilities iaitu melalui Startup Manager yang ada pada Tune Up Utilities tadi. Saya pun scan dulu komputer guna Antivirus sedia ada iaitu BitDefender, ada virus dijumpai namun laptop masih berkeadaan sedemikian. Cara kedua saya guna Malwarebytes’ Anti Malware dan Spybot-Search & Destroy, keputusannya juga sama iaitu virus dikesan tapi bukan Bron-Spizaetus. Cara yang ketiga ni baru lah betul. Oleh kerana Brontok ni adalah sejenis Worm, saya gunakan ubat terbaik dari ladang iaitu Worm Solution yang telah saya miliki hampir sebulan yang lalu. Memang mujarab ubat tu. Worm Solution mengesan keseluruhan file yang terhasil di bawah label Bron-Spizaetus tu. Nama-nama file tersebut memang pelik seperti mysexy.exe, lsass.exe, immp.exe dan macam-macam lagi.

Sekarang semuanya dah OK. Alhamdulillah, lega rasanya. Inilah cubaan di bulan Ramadhan ni.

Kalau nak Worm Solution ni, klik disini untuk download free! Setelah download, extraxt file guna WinRar dan buka folder bernama MLRT_Destroy WORM!!!. Gunakan aplikasi dalam file tu untuk menghapuskan Virus Worm.

Sekian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s