Wikipedia vs HowStuffWorks vs Scribd

Posted: August 11, 2010 in Tips

Apa kesemua di atas tu?

Inilah sebenarnya tempat para student mencari artikel berkaitan asisgnment yang disuruh oleh lecturer atau lain-lain perkara berkaitan pengajian di bidang masing-masing.

Wikipedia sememangnya ramai yang sudah tahu. Tempat berkumpulnya segala jenis nota atau artikel untuk hampir kesemua perkara yang kita ingin. Cari saje apa yang dimahukan di Wikipedia ni. InsyaAllah semua ada. Tapi satu je saya tak suka menggunakan Wikipedia ni kerana artikel yang ada disitu ditulis bukan oleh orang yang terpelajar. Semua orang boleh menulis di Wikipedia ni tak kiralah budak sekolah ke, makcik surirumahtangga atau siapa saje.

HowStuffWorks pula lain ceritanya. Artikel-artikel di dalamnya adalah ditulis oleh editor mereka sendiri. Namun HowStuffWorks terhad kepada penerangan mengenai bagaimana sesuatu benda itu berfungsi. Tidak seperti Wikipedia yang nyata menerangkan kesemua aspek tentang sesuatu perkara yang kita cari baik dari segi sejarah, cara guna, cara buang dan sebagainya.

Satu lagi tempat yang saya suka sangat guna untuk mencari maklumat ialah di Scribd. Kalau anda masuk kesini, anda akan tahu kelebihan penggunaan Scribd ni. Ianya seperti HowStuffWorks juga namun kelebihan Scribd ni ialah artikel di dalamnya lebih bersifat mesra pelajar atau amat sesuai untuk pelajar kolej dan Universiti.Tapi Scribd juga sama seperti Wikipedia yang memberikan peluang kepada sesiapa sahaja untuk menulis disitu. Saya pun dah mempunyai akaun di Scribd.

Kesemua tempat carian artikel ni amat berguna untuk kita semua terutama untuk pelajar kolej atau Universiti. Tapi satu je pesan saya, janganlah salin bulat-bulat artikel yang dicari tu. Kalau boleh ubahlah sikit ayatnya. Kalau malas pun ubahlah ayat aktif menjadi ayat pasif. Takdelah pensyarah perasan sangat…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s