Uninstall software dengan ERASER

Posted: August 3, 2010 in Uncategorized

Jika kita delete satu-satu fail dari komputer, kemudian kosongkan Recycle Bin. Adakah fail tersebut telah hilang dari PC? Jawapannya tidak sama sekali!!!. Fail tersebut masih boleh diperoleh kembali menggunakan software yang khusus untuk data recovery, contohnya Tune Up Utilities melalui Tune Up Undelete didalamnya.

Mungkin ada di antara fail-fail tersebut yang anda tak nak orang lain baca. Jadi, untuk menghilangkannya terus dari komputer anda, gunakan Perisian ERASER. Caranya mudah sahaja:

1. Download dan install Eraser. Kemudian, buka program Eraser

2. Pilih menu File > New atau tekan Ctrl+N untuk membuat satu tugas baru

3.Tentukan partition mana yang akan dikosongkan dan klik butang OK

4. Ulang langkah 3 untuk semua partition atau folder yang ingin dikosongkan. Anda akan dapat lihat senarai tugas yang dah ditetapkan dalam Eraser

5. Untuk memulakan kesemua tugas tersebut, pilih Task > Run All atau tekan butang Ctrl+Alt+R

Sebenarnya penggunaan ERASER hampir sama dengan RevoUninstaller yang juga merupakan perisian untuk membuang secara total semua file dan registry dalam komputer kita. Namun saya berasakan yang RevoUninstaller lebih praktikal cara penggunaannya.

Download ERASER disini.

Download RevoUninstaller disini.

Cara-cara penggunaan RevoUninstaller, klik disini.

Leave a comment