Install software secara automatik dengan Ninite

Posted: August 3, 2010 in Software

Saya suka format komputer kawan-kawan. Selain dapat ilmu juga saya mendapat pahala kerana menolong orang. Biasanya selepas format komputer, saya akan install software yang asas seperti Firefox, Adobe Reader, dan Yahoo Messenger. Jadi saya muatkan kesemua software ini ke dalam pen drive untuk dibawa ke mana-mana dan mulalah software tadi hilang dek kerana terlalu kerap menggunakan pendrive. Satu lagi masalah, saya perlu selalu memeriksa koleksi software tersebut supaya ia menggunakan versi yang terkini. Apa yang lebih dahsyat, kadang-kala saya terlupa juga untuk membawa pen drive.

Cara yang lebih mudah adalah dengan download software terus dari komputer pelanggan. Namun tidak perlulah pergi ke laman web yang berkaitan satu-persatu, kerana Ninite akan melakukannya untuk anda. Laman web Ninite mengandungi pelbagai pilihan software yang paling asas untuk Windows. Anda hanya perlu pilih software yang anda mahu dan klik download. Ninite juga sentiasa update software supaya sama dengan versi yang terkini. Jadi tidaklah risau dengan versi terkini setiap software.

Setelah download selesai, buka fail tersebut dan Ninite akan install kesemua software secara automatik. Namun sesi installation ni mengambil masa yang lama sedikit kerana banyak software yang hendak diinstall. Biasalah tu, sama sahaja jika kita install satu persatu yang memerlukan kita restart komputer setiap kali satu-satu software diinstall. Namun Ninite ni membantu kita meng’install’ kesemua software berkaitan secara automatik, tanpa perlu kita menekan butang Next!

Tips berguna dari sembangkomputer.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s