FARR vs Launchy

Posted: August 3, 2010 in Software

Apa itu FARR dan Launchy???

Kedua-duanya adalah sama. Ianya berfungsi untuk memudahkan anda membuka apa-apa program atau dokumen dalam komputer anda pada bila-bila masa. Namun nama penuh bagi FARR ialah Find and Run Robot.

Cara Menggunakan FARR

Cara menggunakan FARR mudah sahaja, hanya tekan butang Pause dan taipkan nama bagi program atau dokumen yang anda ingin buka. FARR akan terus memaparkan hasil carian berdasarkan huruf yang anda telah taip. Untuk menutup FARR anda hanya perlu menekan butang Break.

Tambahkan Folder Untuk Dikesan oleh FARR

Selain dari program yang terdapat pada Start Menu, anda boleh tambahkan folder supaya ia akan dikesan oleh FARR. Sebagai contoh, saya tambahkan folder D:\Tools supaya semua program saya yang terletak dalam folder tersebut akan dicari oleh FARR. Anda boleh tambahkan folder dari ruangan Options. Anda juga boleh tetapkan samada folder di dalamnya dikesan atau tidak, serta fail jenis apa yang dikecualikan.

Mainkan MP3 Dengan Pantas

Anda juga boleh menggunakan FARR untuk memudahkan anda membuka dokumen dalam komputer anda. Sebagai contoh, anda boleh gunakan FARR untuk mainkan mp3 dengan pantas. Hanya tambahkan folder mp3 anda ke dalam FARR, dan anda boleh terus taipkan nama lagu yang anda ingin mainkan.

Keluarkan Menu Right-Click Biasa

Selain dari membuka fail atau dokumen tersebut, anda juga boleh keluarkan menu right-click yang biasa. Hanya klik kanan pada program atau dokumen tersebut, pilih Shell Context Menu.. dan menu right-click yang biasa akan dipaparkan.

Perbandingan dengan Launchy

Launchy merupakan sebuah perisian yang juga sama fungsinya dengan FARR. Namun bagi saya FARR mempunyai lebih banyak fungsi dari Launchy.

Sebagai contoh, FARR mempunyai “Launch History”. Apabila anda membuka FARR tanpa menaip apa-apa ke dalamnya, ia akan memaparkan beberapa program terkini yang kita telah buka.

FARR juga mempunyai fungsi “live search” berbanding launchy yang mencari dari database yang telah dibina. Ini bermakna, sesuatu program boleh terus dilancarkan dari FARR walaupun anda baru sahaja install software tersebut. Namun pada Launchy, program tersebut haruslah dimasukkan ke dalam database terlebih dahulu. Database dalam Launchy boleh dikemaskini secara manual dengan memilih “Rescan Catalog”

FARR juga membolehkan anda mengeluarkan fungsi right-click pada hasil carian anda. Fungsi ini berguna apabila saya ingin klik pada Open With.. dan buka fail tersebut dengan program yang tertentu.

Namun begitu,  kelemahan FARR menggunakan “live search” adalah ianya sedikit lambat, berbanding Launchy. Antaramuka FARR juga agak kompleks berbanding Launchy yang lebih mesra pengguna.

Download FARR disini.

Download Launchy disini.

Tips dari sembangkomputer.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s