Hibernate PC

Posted: July 30, 2010 in Tips Komputer

Membazir itu amalan syaitan, tak elok. Ini satu fakta bahawa seseorang tak pernah Shut Down PCnya. Ini tidak bermakna PCnya terpasang 24 jam tanpa henti. Tidak sama sekali! Kalau dibiarkan ia terpasang saja sepanjang hari, dah tentu menyumbang kepada pembaziran elektrik. Jawapannya, letakkan PC dalam mod Hibernate.

Kelebihan Hibernate

Katakan anda buka pelbagai aplikasi dalam Windows; contohnya Microsoft Word, Firefox, Adobe Photoshop dan sebagainya. Dan anda tidak save lagi dokumen-dokumen dalam semua aplikasi tersebut. Apabila anda Hibernate komputer anda, ia akan terpadam, dan anda boleh menanggalkan plag eletrik. ON kan kembali PC anda, semua aplikasi tersebut masih terbuka, bersama semua dokumen yang anda belum save lagi tadi! Mudah kan. Proses ON kan semula PC juga lebih cepat jika anda Hibernate, berbanding dengan Shut Down.

Bagaimana Hibernate berfungsi?

Dalam keadaan Hibernate, Windows akan terlebih dahulu menyimpan segala data anda ke dalam Hard Disk. Data ini kekal walaupun plag elektrik komputer ditanggalkan. Sebab itulah apabila anda ON kan semula PC, data tersebut masih ada. Berbeza dari mod Stand By, komputer hanya meletakkan data tersebut dalam RAM, dan data ini akan hilang sekiranya anda memutuskan bekalan elektrik.

Bagaimana nak Hibernate PC di Windows XP?

Klik Start Menu > Turn Off Computer. Pada paparan window yang keluar, tekan Shift dan butang Stand By akan bertukar kepada Hibernate. Untuk Windows Vista atau Windows7, semua button berkaitan Shutdown, Hibernate atau Sleep telah terletak berdekatan dengan button Shut Down.

Anda juga boleh menetapkan butang Sleep pada keyboard anda . Ikuti langkah-langkah ini dalam Windows XP:

  • Right-click pada Desktop dan pilih Properties.
  • Pada Display Properties, pilih tab Screen Saver.
  • Pada bahagian Monitor Power, klik pada butang Power.
  • Pada Power Options Properties, perhatikan bahagian Power buttons. Pada pilihan “When I press the sleep button on my computer:”, pilih Hibernate dari drop-down menu tersebut.
  • Klik pada butang OK.

Nota: Terdapat beberapa pendapat yang mengatakan fungsi Hibernate ini tak elok untuk PC. Sebenarnya, semua yang berjalan dalam PC anda pun akan memendekkan jangka hayat Hard Disk, bukan Hibernate je. Jadi terpulang kepada anda samada nak guna fungsi Hibernate ni atau tidak. Tapi jawapan yang terbaik, HIBERNATE lebih baik dari anda TURN OFF sahaja skrin PC.

Tips berguna dari sembangkomputer.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s