Team Viewer_Kawal Komputer Rakan

Posted: July 28, 2010 in Uncategorized

Memang menakjubkan software ni. Team Viewer ni dapat mengawal komputer kawan yang terletak jauh nun disana. Tapi satu je kelebihan software ni, kita dapat menolong kawan yang dalam kesusahan dengan membaiki komputer rakan tadi. Team Viewer ni adalah software menolong kita berinteraksi dengan rakan yang berada jauh. Kita dapat menggunakan komputer rakan tadi seolah-olah kita berada pada komputernya, padahal kita mengawal komputer rakan tu dari komputer kita. Saya dah cuba dengan rakan yang berada di KL sementara saya berada di Selangor, memang boleh berinteraksi dan saya rasa software ni boleh digunakan di mana-mana tempat asalkan ada sambungan Internet. WOW!

Saya dah cuba perisian ni. Memang menarik, apa yang saya buka pada komputer kawan saya tu dapat dilihat secara jelas oleh kawan saya tadi juga sebaliknya, setiap folder ke setiap folder dapat dilihat. Sebagai langkah keselamatannya, perisian ni cuma boleh dijalankan jika kedua-dua belah pihak bersetuju iaitu dengan cara pemberian ID dan Password yang akan digunakan untuk proses sharing ni.

Software ini haruslah dipasang pada kedua-dua buah komputer. Berikut langkah-langkah untuk menggunakan TeamViewer ini. Andaikan bahawa PC yang bermasalah adalah PC Sakinah, dan PC Amar akan digunakan untuk mengawalnya:

1. Download dan lancarkan TeamViewer pada kedua-dua PC.

2. Sakinah akan diberi nombor lapan digit berserta password.

3. Masukkan nombor dan password tersebut pada PC Amar dan klik pada butang “Connect to partner”

4. Kini Amar dah boleh lihat dan kawal PC Sakinah. Setelah selesai, hanya tutup sahaja TeamViewer ini untuk menamatkan sesi.

Software ni boleh digunakan untuk bertukar-tukar fail, chat, dan banyak lagi. Bagi saya software ni memang banyak kegunaannya, terutamanya untuk menolong komputer kawan yang bermasalah diserang virus.

Pakai TeamViewer ni untuk tolong tengokkan komputer kawan, bukan untuk ceroboh dan selongkar komputer kawan.

Download Team Viewer disini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s