Save Bookmarks Dalam Firefox dan Opera

Posted: July 23, 2010 in Tips Internet

Kawan saya semalam hendak format laptopnya tapi dia ingin backup semua Bookmarks yang dibuat pada Mozilla Firefox. Sembangkomputer memudahkan kerja saya dengan menerangkan cara-cara nak menyimpan Bookmarks dari Firefox:

Bagaimana Nak Save Bookmarks Dalam Firefox

  • Pada menu utama Firefox, klik pada Bookmarks > Organize Bookmarks
  • Library akan dipaparkan. Di sini anda dapat melihat segala Bookmarks dalam Firefox anda. Untuk save Bookmarks, klik pada menu Import and Backup> Export HTML
  • Taipkan nama bagi Bookmarks anda, dan klik butang Save. Siap ^^

Jadi, bagaimana pula anda hendak masukkan semula Bookmarks itu sekiranya komputer telah diformat? Caranya sama sahaja seperti di atas, cuma anda perlu klik Import and Backup > Import HTML pada Bookmarks Manager dan pilih fail Bookmarks yang anda telah simpan tadi. Utk makluman, saya menggunakan Firefox 3.6, jadi mungkin commandnya berbeza mengikut version.

Bagaimana Nak Save Bookmarks Dalam Opera

  • Cara nak save Bookmarks dalam Opera adalah jauh lebih mudah. Klik pada menu File > Import and export dan anda akan diberikan pilihan untuk Save ataupun masukkan kembali Bookmarks anda.

Dengan langkah-langkah di atas ini, anda boleh save Bookmarks anda dan bawa ia ke mana sahaja. Bookmarks dalam Firefox juga boleh dimasukkan ke dalam Opera, dan sebaliknya. Selamat mencuba ^^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s